skip to Main Content
Resepi Korean Garlic Bread Yang Sedap

Assalamualaikum semua..lama tak bersiaran dekat sini..dah mak2 ni memang tak cukup masa nak berlama2 depan laptop..kita buka je laptop..datang sikecik main2 keypad memang tak jadi keje..haha

ok jom kita share resepi korean garlic bread ni..Roti ni sedap buat sendiri tauu..kalau malas nak buat roti ni pon boleh je guna roti burger tu kan..tapi dari segi rasa tak pasti laa sama ke idokk..hehe..

Resepi Korean Garlic Bread

Maybe ada macam2 resepi,macam2 gaya dah..ye lah lain orang,lain la cita rasa dan olahannya kan.. so kalau versi seminit resepi macam ni je lah ehh..korang kene cubaa

Bahan-bahan

Bahan roti

  • 290 gram tepung roti
  • 35 gram butter
  • 1/2 tbsp baking powder
  • 4 tbsp gula kastor
  • 1 biji telur
  • 165 ml air
  • 11 gram yis
  • Salted butter

Bahan cream cheese

  • 200 gram cream cheese
  • 2 tbsp susu cair
  • 2 tbsp susu pekat

Bahan Butter

  • 100 gram salted butter
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tbsp susu pekat
  • Parsley
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua adunan roti ke dalam bread maker dan gunakan menu seperti dalam video. Biarkan mesin membuat kerja mereka.
  2. Setelah selesai, bulat kan roti mengikut size yang diingini. Biarkan roti kembang dan sapukan dgn kuning telur. Bakar api atas bawah suhu 160 selama 20 minit. Sejukkan
  3. Sementara itu, buat garlic butter. Cair kan butter dahulu dan satukan kesemua bahan. Kacau rata dan ketepikan
  4. Untuk cream cheese, kacau kesemua bahan dan sedia digunakan.
  5. Rujuk video cara penyediaan dan bakar sekali lagi suhu 160 selama 5-10 minit. Sedia dihidang

Facebook Komen

Back To Top