
Alhamdulillah harini hari kedua sudah kita berpuasa dan moga kita semua dapat menunaikan ibadah dengan sempurna di bulan ramadhan ni dan diterima ibadah kita oleh Allah.. 🙂
Shopping Raya 2015
Setiap tahun Projek Iqra akan mengadakan program bersama anak-anak yatim, miskin dan ibu tunggal. Program ini akan dibantu oleh sukarelawan untuk meraikan anak-anak yatim, miskin dan ibu tunggal ni bersama-sama membeli barang keperluan hari raya mereka.
Alhamdulillah tahun lepas Hn berkesempatan join dan membantu yang mana mampu..hehee.. Seronok tau bila tengok anak-anak ni gembira membeli barang keperluan mereka dan macam-macam ragam juga anak-anak ni.. Ada yang gembira bila ada orang tolong pilihkan tetapi ada juga yang sebak dan menangis. Boleh tengok sini
Ujian untuk mereka apabila mereka kurang atau ada yang tidak dapat perhatian dari keluarga darah daging mereka sendiri tetapi mereka mendapat perhatian dari orang-orang yang boleh membantu dan menjaga mereka.
Tahniah Projek Iqra kerana mengadakan program seperti ini yang mana membantu merapatkan ukhuwah dan ikatan antara sukarelawan dan anak-anak ini lebih rapat lagi. 🙂
Lokasi Shopping Raya 2015
Projek Iqra bermula dengan sebuah rumah pada tahun 2010 dan 2011, 2 buah rumah anak yatim pada tahun 2012, 6 rumah anak yatim pada 2013, pada tahun 2014 memperluaskan kepada 7 rumah anak yatim dan untuk tahun 2015 PROJEK IQRA’ membuat beberapa kategori :
1. Rumah Anak Yatim & Miskin
Bil | LOKASI | NEGERI | JUMLAH |
1 | Rumah Kebajikan Attaqwa Putra Perdana Puchong | SELANGOR | 50 |
2 | Baitul Ehsan Batu Caves / Maluri | KUALA LUMPUR | 80 |
3 | Casa harapan, Kuantan | PAHANG | 25 |
4 | Rumah Ar-Rayyan JB | JOHOR | 50 |
205 |
2. Komuniti Miskin dan Asnaf
Bil | LOKASI | NEGERI | JUMLAH |
1 | Komuniti Taman Semarak 2, Nilai | NEGERI SEMBILAN | 50 |
2 | Komuniti Seksyen 19, Shah Alam | SELANGOR | 50 |
3 | Komuniti Kg Kerdas, Gombak | SELANGOR | 150 |
4 | Komuniti PPR , Kuantan | PAHANG | 25 |
275 |
3. Ibu Tunggal / Miskin
Bil | LOKASI | NEGERI | JUMLAH |
1 | Komuniti Kg Kerdas, Gombak | SELANGOR | 60 |
2 | Komuniti Felda, Pekan | PAHANG | 30 |
3 | Komuniti Batu Pahat | JOHOR | 30 |
Bagaimanakah kita boleh membantu?
Sekecil-kecil nilai yang kita beri tapi Allah tahu, Allah tidak buta dan Allah tidak pekak.. Menggembirakan orang lain juga ibadah yang boleh dilakukan dalam bulan mulia bulan ramadhan ini.. 🙂
Antara video-video Shopping Raya 2014. Projek Iqra juga telah buka tawaran untuk para sukarelawan membantu anak-anak ini shopping raya nanti.. So sesiapa yang tak ada buat aktiviti sangat di bulan ramadhan ni mungkin boleh ambil peluang untuk bersama-sama mereka.. 🙂
Untuk info lanjut tentang Program Shopping Raya 2015 ni boleh singgah ke facebook Projek Iqra ( KLIK SINI ) ataupun ke website Projek Iqra ( KLIK SINI ) ..