skip to Main Content
Kehidupan – Bertunang…

Mula-mula ada rakan baik HN yang baru HN kenal dan dia kata dia dah bertunang dengan orang ni. Tapi cara dia cakap malu-malu la dan HN tanya la “bila majlisnya,sampai hati tak bagitau”. Rupanya rakan HN tu pon bercerita la bertunang cara yang macam mana.

[taq_review]

 Soalan tentang bertunang

Jika seseorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk di jadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira sebagai bertunang , walaupun ibu bapa atau wali perempuan itu belum tahu ?

 Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan bersetuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut. Dari segi syarak mereka sudah pun bertunang.

Cuma kita dikaburi oleh adat melayu iaitu kedua ibu bapa lelaki kena datang, kene masuk cincin dipanggil baru tunang sebenarnya itu salah. Tiada mana-mana mazhab yang menyatakan syarat kene masuk cincin. Ulama kata tunang ni bila pihak perempuan jawab dia setuju dalam facebook ke sms ke dalam telefon ke itu saja memang dah dikira bertunang.

Pertunangan mereka di kira sah dan sempurna hanya dengan ungkapan permohonan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan sahaja. Namun bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham, perlulah di beritahu kepada keluarga pihak perempuan.

Situasi yang dianggap pinangan:

“Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku”

“Kahwinlah dengan kita bila2”

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

“lelaki sebut dalam telefon, “I nak jadikan u isteri I lah”

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Jawapan ni HN tengok di Youtube Ustaz Azhar Idrus. Klik SINI dan SINI. Serius dulu HN xtau pon pasal ni dan rasanya ramai yang tak tahu pasal ni. Sebab tu ada yang bersenang-lenang menabur janji di sana dan di sini. huhu.. kalau tak tau, takpe dimaafkan tetapi kalau dah tau buat juga, haaa.. itu lu fikirlah sendiri..huhu

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

Cerita bertunang HN

HN dah tawar hati sebenarnya. huhuu.. sebab apa? banyak sangat kisah-kisah lalu yang krikkrikk.. hehe..tapi banyak pengajaran yang HN belajar dari mereka-mereka tu.. so HN tetapkan dekat diri sendiri dulu, kalau siapa dia betul serius dia akan berjumpa dengan mak ayah HN dulu. So baru HN boleh kata serius.

Perempuan mana yang taknak lelaki yang baik, lelaki yang boleh bimbing dia ke syurga, lelaki yang boleh tegur salah silap dia, lelaki yang tegur tentang aurat dia kan. Suatu hari bila hati dah bertekad kena juga casino pa natet cari lelaki macam tu, macam yang diimpikan, sebelum apa-apa kene la diri sendiri yang berubah dulu.

Masa waktu kerja customer service di Alamanda dulu, sampai bos ingat HN ni suka kaum sejenis.. ada ke patut.. ish ish ish.. sebab time tu ada je orang nak ngorat pon HN tak layan.. malas layan orang-orang yang tak tentu arah ni.. sebab takut tersungkur lagi..huhu

Jadi bila HN dah bertekad nak mencari, Hn bermula dengan diri sendiri dulu. Banyak seminar baitul muslim yang HN pergi. Ada yang pergi sorang-sorang dari Putrajaya ke USIM naik motor.. balik 10 malam.. memang buat-buat berani je time tu.. hehe tapi Alhamdulillah selamat pulang rumah.

Masa tu dan seterusnya banyak la ujian-ujian yang Dia bagi.. nasib baik kita cool je dan takde la tekanan perasaan sangat pasal lelaki ni.. cuma proses mencari tu memang HN memilih dan pentingkan agamanya dulu.. bila istikharah dan rasa kita nak dah, tapi lepas tu ada je perkara yang Dia tunjukkan.. rasa bersyukur sangat-sangat.. Alhamdulillah..

Bagi HN sendiri, perempuan patut pilih dengan siapa kita nak bersama. Bersama ni bukan di dunia saja tetapi di akhirat juga. Kalau masa bercinta ke bertunang ke dah pukul sana sini, cemburu buta atau merokok ke elok lah buang je lelaki macam tu. Dari pengalaman HN, ego lelaki ni susah nak dikawal.

Lagi-lagi bab merokok, pernah la suatu ketika dulu nasihat sorang ni dan jawapan dia “nak suruh dia berhenti buat benda lain, dia boleh berhenti tapi kalau berhenti merokok dia tak boleh nak ikut”.. kita nasihat dia, kita sendiri yang sakit hati.. makanya bye-bye la lelaki camni.. hehhee

Yela.. HN fikir nanti dah kahwin, kita suruh buat benda penting untuk kepentingan bersama mesti dia taknak.. mesti dia lebihkan juga rokok dia.. dan banyak lagi la HN fikir.. huhu

Ok cerita HN bertunang.. kali ke 4 kami berjumpa dia nyatakan hasrat walaupun time tu situasi dia lawak gila.. ada ke dekat laluan kecik kawasan perumahan lepas bas rapid Kl lalu, dia dekat kereta dia dan HN atas motor.. hahahadoi.. dia kata dah sampai Taman Melati padahal time tu dia ada dekat kawasan Taman Melawati.. punya lahh debor dia.. haha

Minggu seterusnya si dia datang menghadap mak ayah HN. Kira dia datang merisik la.. macam HN bagitau, kalau orang tu serius, orang tu akan datang berjumpa mak ayah HN sendiri baru HN akan totally setuju. Padahal time ni mak ayah tak tau apa benda pon. Mesti diorang fikir, anak bongsu diorang ni dah besarrr dahh… hehe..

Dan yes tarikh 28 jun 2014, lebih kurang sebulan selepas kami berkenalan gitu-gitu je kami bertunang. Sebab apa HN pilih dia ? sebabnya.. lepas istikharah yang panjang, lama juga nak buat keputusan masa ni dan akhirnya kurelakan juga..huhuu..

Aturan Allah tu indah. Masa ni pon banyak masalah yang memeningkan HN tapi bila dia luah sendiri hasrat dia depan mata sendiri buat kita pon ada sikit terharu laa.. terima kasih ya En. Tunang..

 

meminang

 

Syawal ke 5 keluarga si dia datang dengan rombongan kecil keluarga dia dan pakcik makcik dia dua orang sahaja. Takde majlis besar-besar pon yang kami buat sebab mak ayah HN sempoi je. Kang ramai-ramai gugup lak kami sekeluarga. Hehe. Maaflah terbuat makanan pedas berapi time nih.. ayoo…

bertunang 2

keluarga baru

bertunang 3

Perasaan dup dap dup dap time ni..

Kami sebenarnya masih dalam proses kenal hati budi, apa yang dia suka dan tak suka.. lagi-lagi HN ni anak bongsu dia pulak anak sulong.. so dia ada abang dan kakak baru dan HN sendiri ada adik-adik baru.. nasib baik dia ada adik perempuan sorang.. boleh risik segala cerita dan macam-macam.. jaga-jaga En. tunang… 😛

Oh ya, sebenarnya bila dah zaman moden ni mudahlah untuk khabarkan segala cerita. Jadi bila difikir masak2, HN letak la gambar bertunang dalam fb dan instagram. Alhamdulillah ramai kawan-kawan ucap tahniah dan ramai juga tak sangka sebab diorang tahu HN ni macam mana.. hehe..

Harap dapat sesuaikan diri dengan keluarga baru. HN dah la tak pandai borak, tak pandai ambil hati orang dan macam-macam lagi la. Mohon ajar ambe..sobsobs..

InsyaAllah majlis pernikahan kami bulan disember ni.. doakan semua berjalan lancar ye..lebih kurang 3 bulan lagi tapi HN tak buat apa-apa lagi.. baru selesai pergi kursus kahwin.. hehe.. InsyaAllah majlis pernikahan terus majlis kenduri.. yang mana tak perlu HN dan keluarga serta tunang sendiri nak buang yang mana sekadar adat sahaja..tinggg..selesai cerita kami..~~~

Ada apa-apa pertanyaan tentang Majlis bertunang kami ? hehe..

Facebook Komen

Back To Top