skip to Main Content

Homestay Terbaik Di Perak | Homestay Kampung Beng | Assalamualaikum..Kampung Beng ni antara yang paling HN akan ingat dalam diari hidup 2014. Sebab jam 3pagi meredah sungai dengan boat. Dah la tak suluh lampu pulak tu. Pergh…selalu tengok dalam tv Majalah 3 je sambil berangan nak jugak “rasa” perasaan naik boat tengah2 pagi macam tu..sekali bila lalui sendiri..perasaan tengok alam sekeliling dalam gelap tu terasa nikmat hidup..Pengalaman pertama HN hanya di Homestay Kampung Beng ok..hehe

“Perkampungan ini telah dibuka oleh seorang anak Raja Patani dikenali sebagai  “Tok Beng” yang telah melarikan diri mengikut Sungai Perak. Maka wujudlah nama kampung ini sempena dengan panggilan “Tok Beng”. Kampung Beng ini terdiri dari 6 buah perkampungan kecil iaitu Kg Durian Lubuk, Kg Beng Dalam, Kg Dusun, Kg Sekolah, Kg Durau dan Kg Batu Ring. Untuk sampai ke Homestay Kg Beng terutama Kg Batu Ring, setiap rumah yang terdapat didalam kampung tersebut mempunyai sampan sendiri bagi aktiviti harian mereka seperti menghantar anak ke sekolah dan sebagainya”

Alhamdulillah setelah diagihkan kumpulan bersama keluarga angkat, jam 4.15pagi baru kami sampai rumah keluarga angkat kami. Kesian mereka tunggu sampai pagi. Kata mereka, ni la kumpulan pertama yang tiba paling lewat sepanjang program homestay yang mereka buat ni.

Kalau nak tahu, rata-rata penduduk kg hanya menggunakan bot traditional mereka untuk ke Jeti atau ke Tasik Raban. Walaupun ada juga jalan darat untuk ke kawasan kg batu ring tapi agak mencabar kerana jalan yang tidak rata dan berbukit-bukau. Sebab tu penduduk kg lebih suka menaiki bot mereka.

Pak Alias, Penghulu Kg Batu Ring Homestay Kampung Beng yang sempoi.
Untuk pengetahuan, setiap homestay ada pelbagai aktiviti tersendiri yang disediakan oleh penduduk kampung. Untuk Homestay Kampung Beng antara aktiviti yang disediakan ialah :

~ Demo menoreh getah
~ Persembahan Kebudayaan
~ Lawatan sekitar kampung menaiki bot
~ Lawatan ke Lata Tok Muda
~ Penyerahan Cenderamata
Memandangkan trip kami kali ni padat dengan pelbagai aktiviti di luar kawasan kampung, agak terhad masa kami bersama keluarga angkat dan penduduk kampung. Keluarga angkat HN sangat la baik hati dan bestttt. Tiap kali kami nak keluar untuk aktiviti lain mesti mereka sediakan makanan untuk kami dulu.Kalau duduk seminggu dengan keluarga angkat HN ni mesti berkilo-kilo berat badan naik.perghhh..heaven! haha…InsyaAllah kalau ada kesempatan lagi HN dan rakan-rakan nak melawat keluarga angkat kami nanti.
tak sabar!
Makcik-makcik menyediakan bahan untuk makan malam spesial.
Talapia Merah. Gulp!
Aktiviti penduduk kampung gotong-royong untuk makan malam . Sementara kami pula bersiar-siar ke Lata Tok Muda sambil mandi air terjun. Fuhhh, dah lama tak main air terjun tak puas bila tak dapat berendam lama-lama sebab masa kami pergi pon dah lewat petang.
Sementara tunggu rakan lain yang belum tiba dan bacaan doa sebelum meredah.
Ha nampak tak kabel elektrik? Untuk elakkan gajah masuk dalam kawasan kg.
Terindu. Sobss..
Jejaka hangat di pasaran sedang berendam. Kembang le tu. haha…

Malam terakhir bersama penduduk kampung kami di Kg Batu Ring. Dalam jam 9 malam kami bergerak ke balai raya bersama keluarga angkat. Agak terlewat sikit sebab kami sibuk bersembang bersama keluarga angkat sambil nikmati jagung rebus dan kerepek sedap. Walaupun nak pergi makan malam di Balai Raya, keluarga angkat kami tetap sediakan makanan sebelum kami keluar. Baik hati sungguh mereka. Didoakan rezeki mereka makin bertambah InsyaAllah. 🙂

Lauk simple ni la yang kami makan bertambah-tambah.
Belajar makan ikan pekasam. Pernah dengar tapi baru kali pertama rasa dan sedap ok! hehe kesiann….
Air asam yang 3x mak angkat kami tambahkan.. haha..
Ikan Talapia Bakar fresh yang sedap.
Talapia merah masam asam. Macam singgang la menu ni. Kuah dia pon sedap.
casino pa natet text-align: center;”>
Daging dan ayam goreng cicah air asam tak berhenti dok telan. 
Kami bersama mak angkat kami, Mak Zaleha.
Sambil kami makan, kami dihiburkan dengan persembahan penduduk kampung. Tapi ni si Artis baru yang sedang meningkat naik iaitu mawardi yunus.Lagu Ziana Zain ok madi nyanyi.. dahsyat!
Ni pulak si abang artis, Najeeb yang dah lama berkecimpung dalam nyanyian. Tengok tu gelagat peminat-peminat diaaa..Tu diaaa…

Malam terakhir sambil kemas barang sambil kami bersembang-sembang luahan hati,luahan jiwa semua ada. HN duduk serumah dengan qaseh , erra , kaksu, dan yanty. Kami memang adik beradik yang tak boleh berpisah.

Bergambar di beranda rumah keluarga angkat.
Mula-mula tengok ayah angkat kami, Pak Karim macam garang. Tapi rupanya anggapan HN salah, Pak Karim yang sporting.
HN bersama mak Zaleha dan kakak angkat.
Masa ni HN dengan erra mintak resipi kerepek kononnya. haha
HN pertama kali ada keluarga angkat.
InsyaAllah ada masa nanti kami akan melawat Keluarga angkat kami nanti.
Antara rakan blogger yang menginap di Homestay Kampung Beng .
Mak dan ayah angkat kami yang setia menghantar sampai kami pergi. Sedih.
Info : Sepanjang menyusuri Sg ni HN lihat memang banyak daun mengkuang. Kata penduduk kampung, mengkuang banyak cuma generasi yang nak buat hasil mengkuang seperti tikar sudah tiada.

Sejujurnya, percutian HN kali ni sangat enjoy dan best sebab duduk dekat homestay bersama keluarga angkat, naik bot traditional untuk ke homestay jam 3pagi, makan makanan kampung simple tapi bertambah-tambah dan best mandi air bukit fresh di rumah keluarga angkat yang sangat sejukk.

Terima kasih Kg Batu Ring. HN gembira dapat berjumpa dan berkenalan dengan penduduk dan kawasan perkampungan yang rata-rata penduduk yang peramah dan kawasan kg yang cantik.

Kalau ada yang nak cari Homestay Terbaik Di Perak dengan keretapi dan tak tahu cara-cara dia boleh tengok dekat sini Malaysia Railway Tourism [ KLIK ]. Pengalaman HN dengan keretapi dan homestay semua memang best. Korang patut cuba ok. Gerenti tak menyesal.

Facebook Komen

Back To Top