skip to Main Content

Tips Percutian Musim Sejuk

Assalamualaikum..

Tips persediaan percutian pada musim sejuk ni First time travel time winter rupanya sangat best ok..siapa kata travel time winter tu rugi memang anda la yang rugi sebab tak cuba..kenapa?? sebab boleh jimat baju dan jimat air…haha..tapi seriusly la mieza rasa setuju pula dengan travel time sejuk2 ni..okey jom checkit out tips persediaan percutian pada musim sejuk.

1) Lotion atau Minyak Olive

Tips Persediaan Percutian pada Musim Sejuk

haa..mieza utamakan minyak olive sebab time mieza pergi kawan sebilik bawak minyak olive dan kulit dia takde la kering dan bersisik macam mieza yang pakai lotion cap ehem2 tu..huhu..ini penting ok sebab perempuan emo macam ai ni pentingkan penjagaan kulit..hehe..kalau anda pon taknak ter emo menjerit bila kulit macam bersisik buat la pilihan dengan tepat ok..ya dekat malaysia anda tak nampak, tapi bila dekat sana haa rasa nak hentak2 kaki je..sobss.

2) Lip balm

Jalan sikit pakai, jalan sikit pakai…penting jugak ni..sebab bila da sejuk kurang minum air dan makan sayur2 serta buah2an tekak dan bibir tu rasaa nakk kemam ais 24 jam untuk lembapkan bibir..so kalau tak nak kemam ais..better pakai lip balm ok..hehee..

3) Long John

Macam inner baju tu dan ada untuk lelaki dan perempuan juga..kain belah dalam macam jenis bulu-bulu baldu gitu..paham tak?haha..masa mieza beli dekat GM Klang harga dia RM58 tapi dia bagi harga RM50…ok laa..masa pergi beijing satu shopping mall tu dia jual baju dan seluar RM80 dan kain dia tebal gilaa memang sesuai untuk yang jenis mudah menggigil..hehe..tapi mieza tak beli sebab dah ada..no need la banyak-banyak almari yang pakai..tehee..

4) Stokin

Stokin untuk musim sejuk ni pilih la yang bersesuaian..kot ada yang pakai stokin nipis tu memang ai tabik spring sama lu..hehe..yang terbaik ialah stokin bulu kambing..tapi mieza beli rm10 dapat 3 pasang..haa belasah je janji sedap pakai dan tebal…hikss

5) Sling beg / beg galas

Bagi mieza perlu sebab kalau bawak beg sangkut bahu tu leceh laa kalau nak kehulu kehilir selama beberapa hari..dan penting untuk elakkan pencopek dalam diam…

6) Supplement / minyak

Mieza lebih suka guna supplement dari ubat-ubatan..atleast supplement membantu zat2 yang kita kekurangan sepanjang di percutian..Kalau memang yang perlukan panadol dan etc silakan..Minyak bawak la untuk urut kaki ke kann.. dah berjalan satu hari suntuk keluar pagi balik malam mesti sakit kaki kan..tapi hari tu hari terakhir untuk shopping baru terasa kaki sakit dan lenguh..huhu..

7) Duit

Kalau boleh better tukar siap-siap di Malaysia sebab kalau sana nak tukar kita akan rugi skit la..Kalau rasa taknak tertipu dengan tempat2 kerajaan yang tourist guide bawak tu boleh la korang bawak sikit je duit ye..tahan nafsu untuk tergoda..ahaks..macam pengalaman je..memeyy le..hikss..tapi atleast untuk penggila shopping sila la bawak RM500 keatas ye..

Dekat beijing sana jangan sesuka hati je nak tukar duit dengan orang cina sana sebab nanti terjadi la tipah tertipu..ada budak trip mieza dia pergi merayap dengan adik dia dekat shopping mall sekali ada china nak tukar duit malaysia dengan dia..mengikut sampai balik hotel ok..cina tu akan bagi duit palsu kat korang kalau korang baik hati sangat nak bagi tukar..

8) Winter Jacket

Masa mieza gi Beijing tu pakai 3 lapis je..sejuk memang sejuk cuaca ada -17’c yooo…tapi bila lagi nak merasa sejuk..ahaks..Long John –> Baju biasa –> Winter Jacket … Untuk penjimat macam saya boleh la beli di bundle aje..harga dia Rm5 only..ahaks..Ofcourse laa dah beli balik rumah basuh la dulu elok2 sental2 mana yang patut…

kalau dekat beijing aihhh mata ku melilau tengok winter coat dan winter jacket yang mereka pakai cantik-cantik belakaa..kalau nak beli dekat sana pon memang murah gila..tawar habis-habis ok..

9) Boots / Kasut sukan

Boots banyak jenis..kalau untuk musim sejuk ni sesuai yang dalam dia pon macam kain jenis bulu-bulu yang selesa la atleast bila pakai kurang sejuk la..tapi mieza beli boots biasa sebab fikir takkan dekat malaysia pon nak pakai boots macam tu kang kepanasan pulak kaki ai..hehe..well jimat is important ok !!! kalau yang budget banyak silakan beli yang bersesuaian untuk keselesaan masing-masing sepanjang berjalan di kawasan sejuk ni. Kasut sukan pon sesuai je untuk berjalan..cuma nampak macam skema pulak..ehh..gurau2..sesuai je kasut sukan…janji bertutup dan selesa la..

10) Glove

Ok ni satu lagi benda penting..sebenarnya ramai tak tahu tentang glove ni ada dua jenis..satu jenis yang tak boleh touch screen dan ada satu jenis boleh touch screen..dah namanya musim sejuk kan.. nak ambil picture guna touch screen phone atau tab memang menjenuhkan bagi yang tiada glove jenis tu..hehe..kawan nak ambil pic je menggigil dia seakan tak rela nak buka glove oleh kerana mieza suka sangat berposing..haha..kena tanya kedai tu sebelum membeli glove ok…

11) Muffler / Scarf

Ini pon penting..First day berjalan-jalan bawak scarf engat tak perlu pon tapi saja buat stand by kan..masa turun bus je perghh dah terasa angin sejuk dia..so sepanjang jalan di tiananmen square memang buat tutup mulut..ada ahli group yang tak pakai kesejukan mereka..atleast bila ada scarf ni boleh bagi haba melalui penafasan…paham tak? ace try..hikss..

12) Botol air kosong

Ini kalau takde memang susah la nak pee-pee ke poo-poo ke..sebab kebanyakan over the sea ni mana pakai paip macam kat malaysia kan…so kene ada spare satu botol kosong guna la sepanjang berada di luar negara..lagi-lagi orang islam nak solat pentingkan kebersihan ok..

Rasa ada lagi mungkin kemudian nanti akan tambah lagi..

Mungkin akan update selanjutnya kronologi segala aktiviti di sana

-Tiananmen Square
-Forbidden City
-Niujie Mosque
-Foot Massage
-Silk Center
-Acrobatic Show
-Great Wall
-Jade Center
-Burning Cream Center
-Jinhui Snow Resort
-Summer Palace
-Ma Dian Mosque
-Tea House
-Bird’s Nest Stadium
-Jewelry Pearl Shop
-Bamboo Charcoal ware shop
-Hongqiao Market
-Ya Siew Market

Perghh..sepanjang 4 hari berjalan ke semua tempat ni memang macam nak pengsan tapi best..melawat tempat orang tu dah jadi hobi pula..ehh pengalaman kan..ok berasap la tangan nak update semua entry ni nanti..tungguuu…

Facebook Komen

Back To Top