skip to Main Content
Tempat Dan Penginapan Yang Menarik Di Kawasan Melaka

Teringat masa belajar dulu buat lawatan sambil belajar dekat melaka. Masa tu first year belajar, diri sendiri memang tak reti la nak lukis bangunan-bangunan sejarah kat melaka tu tapi sejenis gigih pergi pilih belajar architecture padan la muka..haha

Dekat melaka tu pulak memang banyak bangunan-bangunan lama kalau perhati senibina dia memang cantik la kan sebab tu la melaka ni dipanggil Bandaraya Bersejarah gituuu..

Tempat Menarik Di Melaka

Ditakdirkan pulak sekarang kahwin dengan orang Alor Gajah, Melaka. Jadinya kalau balik hujung minggu tu fuhhh tak sangka betul mesti jalan jem je. Mana taknya kalau orang KL yang nak bercuti dekat-dekat je mesti pilih Melaka je banyak sikit tempat best walaupun negeri dia kecik kan..

1. Kuih Keria Antarabangsa

Mula tahun lepas pulak bila dah start viral pasal Kuih Keria Antarabangsa tu laaaagiiii laa beratur kemain panjang gilaaa padahal hn sebelum ni pergi memang la kene tunggu jugak tapi takde lah beratur panjang gilaa macam masa viral haritu..

Memang siapa peminat kuih keria memang akan tahu port tu punya lagi-lagi kuih keria dia tu memang sedap beza lahhh dengan orang yang dekat Kl ni jual.. Siap guna gula melaka lagi tapi ehh sedappp laa aduhh tetiba teringin pulak dah..Sabar hn sabarr…diet2..haha2

Percutian Menarik di Melaka

kredit babania.com

2. Coconut Shake Klebang

Tak sangka betul dari kedai dia kecik sampai sekarang dah ada tempat parking sendiri dan makin pelbagai makanan diorang sediakan sebab bukan melayu je datang tau memang cina pon ramai yang datang makan sini maksudnya tempat santai macam ni port best la.

Kalau nak tapau coconut shake je tak silap hn kedai dia dari luar dan dekat dalam pon boleh. Sebab biasa hn tengok orang akan berhenti tepi jalan besar tu je dia tak masuk dalam. Mana yang tahu ada kedai yang sama dan ada pelbagai menu dekat dalam tu dan tempat duduk nak makan lagi senang kan.

3. Jonker Walk

Haa ni pasar malam versi menarik lagi laa. Jonker Walk ni antara tarikan yang menarik bagi pelancong tau sebab dikelilingi bangunan lama tapi cantik. Macam-macam ada jual dekat sini cenderahati, aiskrim sedap tuu tak ingat nama dia..hehe

4. Zoo Melaka

Hn dah pernah pergi zoo melaka ni masa tu pergi siang la dan tak ramai orang pun. Ok lah dan bawak aisyahumaira masa tu dia tak la petah dan pandai menyanyi macam sekarang. Tapi boleh sebut satu-satu binatang tu ok lah.

Sampai penat dia berjalan memang mintak berdukung je la budak tu. Memang plan nak bawak dia pergi zoo balik sebab mesti dia lagi excited sekarang nak jumpa binatang-binatang tu kalau tak jumpa dalam buku je..ahaks..

5. Melaka Skytrex

Haaa ni kalau korang bosan dengan aktiviti membeli belah je kann boleh lah buat aktiviti ni Ya Allah besttnyaa rinduunye nak buat aktiviti lasak macam ni.

Kene tunggu aisyahumaira besar sikit memang hn dan suami nak terjah tempat ni. Kitorang lak suka aktiviti lasak macam ni memang kene cuba ni. Ada flying fox, memanjat pokok dan banyak lagi yang korang boleh cuba.

Hotel di Melaka

Hn nak suggest kalau korang yang bukan dari melaka dan tak tahu nak menginap di mana korang boleh cuba book mahkota hotel melaka online . Dah kalau bercuti tu mesti atleast duduk la semalaman dekat melaka baru lah korang boleh pergi dan jalan banyak tempat ok.

Mahkota hotel melaka ni hotel 4 bintang tau tapi harga semalaman pon ok la duduk 1 family. Kalau hn, apa ciri-ciri hotel yang hn pilih mesti mesra kanak-kanak. So mesti kene ada swimming pool dan tempat permainan.

Mahkota hotel melaka ni pon memang sesuai sangat dengan yang ada orang tua atau mereka yang menggunakan wheelchair jadi takde la masalah jenuh nak mengangkut guna tangga kan nak naik turun leceh..

Kalau tengok review orang yang dah pernah book mahkota hotel melaka online diorang pon rata-rata bagi good review tentang hotel ni. Kalau yang nak pemandangan cantik dari bilik hotel memang kena book mahkota hotel melaka online tau mesti korang tak menyesal punya..

Mahkota hotel melaka ni pulak berhadapan jee wehhh dengan Mahkota Parade. So kalau pampers anak lupa nak bawak jangan risau pergi je mall depan tu kan senang.. ahakss..bab makanan pon kalau rajin pergi la makan dekat sana kalau malas korang call aje hotel soh hantar makanan dalam bilik je haa..

Percutian Menarik di Melaka-4

Hotel ni dekat tengah-tengah bandar melaka tau. Dekat sini macam-macam attraction pelancong yang datang ada. So kalau taknak bawak kereta perkhidmatan grab car pon banyak area sini.

Haa kalau nak harga menarik korang boleh terus book mahkota hotel melaka online dengan traveloka ni ok. InsyaAllah traveloka ni akan bagi korang best price punye laa untuk percutian korang nanti.

Haishhh hn nak ajak suami bercuti dekat melaka la macam seronok je pulak tengok banyak tempat-tempat yang menarik yang kitorang tak pergi lagi ni. Sebelum puasa ni kene jalan puas-puas dulu..ahakss..

 

Facebook Komen

Back To Top