skip to Main Content
Puding Strawberi Kegemaran Anak-anak Yang Mudah

Puding strawberi punya video ni kami rakam masa awal-awal nak naikkan brand seminit resipi. Jadi memang berbeza kalau tengok video seminit resepi dulu dan sekarang kan… Hehee..

Resepi Puding Strawberi

Puding strawberi ni sedap makan sejuk-sejuk kan. Make sure peti sejuk takde bau ikan laa.. Kang hilang selera nak makan puding ni..Hahaha.. Ok jom tengok resepi mudah puding strawberi ni..

Bahan-bahan

Bahan A
  • 5 sudu makan tepung kastad
  • 2 sudu makan susu kambing Lazz (tambahan sahaja).
  • 5 sudu makan gula
  • 1 liter susu segar
Bahan B
  • 2 cawan whipped cream
Bahan C
  • 20 biji strawberi
  • 1 sudu teh serbuk jeli
  • Air secukupnya

Cara penyediaan

  1. Satukan semua bahan A dan masak atas api perlahan sehingga likat berkilat.
  2. Masukkan bahan A ke dalam 1/2 cawan dan sejukkan.
  3. Pukul bahan B sehingga kembang dan ketepikan
  4. Kacau serbuk jeli dengan setengah cawan air panas.
  5. Kisar strawberi bersama sedikit air.
  6. Satukan strawberi yang dikisar ke dalam bahan B.
  7. Masukkan bancuhan air jeli tadi bersama bahan tadi dan kacau sehingga sebati.
  8. Tuangkan bancuhan ke dalam cawan yang mengandungi kastad yang disejukkan.
  9. Sedia dihidang.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top