skip to Main Content
Kek Crepe Coklat Antara Kek Lempeng Yang Sedap

Kek crepe coklat ni sedap macam lempeng cicah krim..Ada yang suka makan kek lempeng ni tak? Lempeng bukan sebarang lempeng tapi lempeng yang menternak lemak banyak-banyak..haha

Resepi Kek Crepe Coklat

Well macam biasa lah hn ni kalau jenis kek-kek ni memang banyak kenal,tau dan rasa lepas kahwin sebab cik ain bertuah tu kan buat seminit resepi jadi memang sebelum kahwin tak pernah makan la cerita dia kann.. tapi not bad sedap jugak rupanya kek crepe coklat ni tau…

Bahan-bahan

Crepe

  • 6 biji telur
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air
  • 1/3 cawan butter yang dicairkan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50g gula kastor
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan koko
Topping
  • 2 cawan whipped cream
  • 4 sudu Lazz Susu Kambing (pilihan)
  • Biskut (terpulang)

Cara penyediaan

  1. Pukul telur, air dan susu. Masukkan esen vanila dan butter. Kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan gula, tepung dan koko. Kacau rata.
  3. Griskan sedikit minyak pada kuali panas dan masukkan 1 senduk adunan. (Buat seperti lempeng) Ulang langkah ini sehingga adunan habis.
  4. Pukul whipped cream dan Lazz susu kambing sehingga kental.
  5. Lapiskan creap dengan whipped bersama biskut yang dihancurkan. Ulang langkah ini sehingga habis semua lapisan crepe.
  6. Salut seluruh kek coklat crepe dengan whipped cream dan hiaskan dengan biskut. Sedia dihidang.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top