skip to Main Content
5 Petua Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Di Rumah Anda

Fuhh kalau peti ais ada macam-macam segala jenis benda haa nak letak memang busuk la citer dia kalau di biarkan lama-lama kan. Cuba bersihkan dulu peti ais tu jadi seorang yang pembersih ni bukan susah sangat pon. Aturkan elok-elok insyaAllah nampak ok la nanti..

Petua Hilangkan Bau Peti Ais

Lepas peti ais dah ok tu kan korang boleh letak salah satu barang yang hn share ni jadi kalau dibiarkan lama pon takde masalah insyaAllah tapi kalau hn memang mood kelaut kalau peti ais bersepah kalau orang lain yang buat sepah. Berhuhuuuu je la kita ok…

1. Roti

Caranya keluarkan roti dari plastik, masukkan 2-3 keping roti di dalam peti ais, selama 5-14 hari sehingga roti menjadi kering. Roti akan menyerap segala bau di dalam peti sejuk.

2. Esen Vanilla

Caranya ialah bersihkan peti air, tuangkan sedikit esen vanilla pada sehelai kain bersih dan sapukan ke seluruh bahagian peti ais dan susuk kembali barang seperti biasa. Kesannya peti ais akan berbau segar.

3. Arang

Caranya ialah letakkan 2-3 ketul arang di dalam peti ais. Arang berfungsi menyerap segala bau yang kurang enak di dalam peti ais. Anda juga boleh meletakkan ketulan arang tadi bersama dengan beberapa hirisan buah limau purut.

4. Soda bikarbonat

Caranya ialah ambil beberapa sudu soda bikarbonat dan bancuhkannya bersama air. Ambil kain dan lapkan di sekeliling bahagian peti ais. Hasilnya bau akan lebih cepat hilang.

5. Kulit Nanas

Letakkan beberapa kepingan kulit nanas ke dalam peti ais. Biarkan selama beberapa hari sehingga kulit nanas kecut lalu gantikan dengan kepingan kulit nanas yang baru.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top