skip to Main Content
Tart Nanas Gulung Gebu Kegemaran Ramai Yang Sedap

Tart nanas antara kuih raya yang wajib ada dekat semua rumah kan. Pergi je beraya kat 10 buah rumah haritu mesti 9/10 ada tart nanas ni kan. Walaupun bukan musim perayaan tapi tart nanas ni antara yang boleh layan je bila-bila waktu pon betul tak?

Resepi Tart Nanas

Bentuk tart nanas ni pelbagai ada yang suka jenis gulung ada yang suka bentuk bunga tu. Masa kecik dulu selalu tolong mak buat kuih raya tart nanas ni memang mak hn suka buat bentuk bunga tu. Apa yang penting rasa inti dia tu je kan bentuk ni takdehal lah kannn..

Walaupun sekarang bukan musim perayaan kita lagi tapi ramai yang hn tengok dah mula untuk sediakan barang atau kumpul duit untuk hari raya kan. Apa kata cuba resepi tart nanas ni dan lepas ni boleh lah buat jual kan.. Bila sedap mesti orang sanggup nak beli je kann..

Bahan-bahan

  • 125 gram butter
  • 2 tbsp minyak sapi
  • 3 tbsp gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 tbsp tepung kastad
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • Esen vanila
  • Pewarna kuning
  • Jem nenas

 

Cara penyediaan

  1. Masukkan butter, minyak sapi, kuning telur, gula, esen vanila dan pewarna ke dalam bekas kemudian kacau sebati.
  2. Ayakkan tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung ke dalam adunan. Uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
  3. Terapkan adunan menggunakan acuan tart dan gulung bersama jem nanas.
  4. Sapukan kuning telur di atas tart yang telah disediakan.
  5. Bakar pada suhu 160°C selama 25-30 minit. Sedia dihidang.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Gambar dari El Mundo Eats

Facebook Komen

Back To Top