skip to Main Content
Tanggalkan Mekap Dengan Mudah Tanpa Bahan Kimia Merbahaya

Tanggalkan mekap korang tu adakah korang yakin dengan bahan dia? Actually hn punya tanggalkan mekap tu pun tak pasti bahan dia apa. Lepas ni kena check balik la apa kandungan dia. Tak sangka pula bahan-bahan ni pun boleh tanggalkan mekap dengan mudah.

6 Bahan Penanggal Mekap Semulajadi

Hn rasa lepas ni cara paling mudah kena sediakan botol kecil untuk mudahkan cuci mekap. Lagi-lagi kalau guna minyak zaitun ni kan terkenal dengan kebaikannya yang banyak dan kalau untuk kulit hn jenis kering bolehlah guna moga-moga bantu untuk pulihkan kulit wajah juga insyaAllah. Jom tengok bahan lain yang mudah..

1. Minyak zaitun

Minyak zaitun sangat berkesan untuk menghilangkan mekap tebal serta mencegah pori-pori tersumbat. Rendam kapas dengan minyak zaitun dan bersihkan segala kotoran mekap yang terlekat pada muka.

2. Yogurt

Yogurt kaya dengan protein dan berupaya membersihkan segala kekotoran mekap. Celupkan kapas pada yogurt asli kemudian sapukan pada seluruh muka dan bilaslah dengan air sehingga bersih.

3. Susu Segar

Protein, asid lemak dan antioksidan yang terkandung pada susu akan menghilangkan kotoran dari dalam. Celupkan kapas pada susu segar, kemudian perah sedikit. Setelah itu gosokkan dengan lembut pada wajah.

4. Baby oil

Letak sedikit baby oil pada kapas, kemudian sapukan pada muka. Setelah bersih segala kotoran mekap, bilaslah dengan air sehingga bersih.

5. Minyak kelapa

Kandungan minyak kelapa sangat ringan dan mudah untuk diserap oleh kulit. Ambil kapas dan rendamkan di dalam minyak kelapa. Kemudian gosok perlahan pada kulit muka sehingga segala kotoran mekap hilang.

6. Minyak tea tree

Minyak tea tree mempunyai kandungan anti bakteria. Rendamkan kapas, dan biarkan minyak tersebut meresap. Setelah itu, barulah digunakan untuk membersih kotoran mekap.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top