skip to Main Content
Gulai Lemak Nangka Dan Udang Yang Sedap Dan Mudah

Gulai lemak ni sedap bila makan dengan nasi panas-panas. kann..kann.. Lately nak update apa dekat blog pon dah pening walaupun copy paste semula resepi je dan taraaa finally haku update jugakk walaupun tulis apebenda ntah nii..hahaa..

Resepi Gulai Lemak Nangka & Udang

Masak lemak ni antara yang hn suka plus mana taknya senang bangattt masak lemak ni kann tumbuk atau blend dan campak je kann siap.. Haaa anak dara mana tak reti masak lemak tu jangan risauu tengok je seminit resepi selaluuu..gituuu..hihiii

Bahan-bahan

Untuk Kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 biji cili padi
  • Sedikit ikan bilis
Masak
  • 500g nangka muda
  • 1/2 udang
  • Sehelai daun kunyit
  • 1 batang serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 cawan santan

Cara penyediaan

  1. Kisar semua bahan untuk dikisar
  2. Rebus nangka muda sehingga empuk dan toskan.
  3. Masukkan nangka, bahan kisar dan santan ke dalam periuk dan tambah sedikit air.
  4. Apabila sudah menggelegak, masukkan udang dan gulai hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Masukkan serai asam gelugur dan daun kunyit yang telah dicarik. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Sudah siap untuk dihidang

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top