skip to Main Content
Bubur Cha Cha Keledek Hidangan Santai Hujung Minggu

Bubur cha cha keledek ni sedap kan kalau dapat makan petang-petang di waktu hujung minggu santai-santai ni. Orang lain hujung minggu lepak keluar kan, kalau rasa tak tau nak pergi mana tu cuba lah hidangkan bubur cha cha ni untuk sekeluarga.

Resepi Bubur Cha Cha Keledek

Dalam banyak-banyak bubur, hn paling suka bubur jagung. Tapi kalau buat bubur lain, dan sedap hn makan je sampai habis.. ahakss..dasar pemakan tapi tak berapa rajin nak masak..kahkah.. Ok jom kita makan bubur cha cha keledek ni sedap juga ok..

Bahan-bahan

  • 2 biji keledek sederhana
  • 1/2 cawan sagu
  • 1 cawan cha cha
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan gula melaka
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • Gula putih secukupnya

Cara penyediaan

  1. Potong keledek secara dadu dan rebus hingga empuk
  2. Masukkan sagu dan cha cha. Rebus hingga empuk.
  3. Masukkan gula melaka dan santan. Perasakan dengan gula dan garam. Sedia dihidang

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

 

Facebook Komen

Back To Top