skip to Main Content
Resepi Aiskrim Susu Kambing Yang Sedap Dan Lazat

Aiskrim memang sangat digemari semua peringkat umur. Terutama budak-budak kan macam anak hn baru umur 2 tahun lebih suka makan aiskrim tapi jarang la bagi aiskrim yang manis-manis dekat pasaran tu. Just bagi yang sugarfree je..

Resepi Aiskrim Susu Kambing

Rupanya mudah je buat ni kan. Kalau buat sendiri banyak sangat jimat malah gula juga kita dapat kurangkan asalkan rasa sedap dah lah. Kalau dekat pasaran tu lagiii banyak gula dipakai dan mesti ada banyak tambahan lain yang kita taktau kann..So jom kita buat sendiri je lahh..

Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair
  • setengah cawan air
  • setengah cawan susu pekat
  • 1 sudu mkn tpg jagung
  • 1 sudu makan ovelet
  • 5 sudu makan Susu Kambing Lazz

Cara penyediaan

  1. Campurkan susu cair, setengah cawan air, setengah cawan pekat dan tepung jagung. Panas dan kacau sehingga sebati.
  2. Tambah ovelet dan esen vanila kedalam bahan tadi
  3. Putar sehingga kembang gebu.
  4. Campurkan Susu Kambing Lazz dan kacau sehingga sebati.
  5. Sejukkan dan sedia dihidang.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

 

Facebook Komen

Back To Top