skip to Main Content
Popiah Ayam Cendawan Champbells Cheese Yang Sedap

Popiah ayam cendawan cheese kemain nama panjang betul. Tapi jangan risau insyaAllah sedap je resepi popiah ayam ni tau. Belum cuba belum tau ok. Dah cuba anak-anak mesti akan minta lagi dan lagi gituuu.

Resepi Popiah Cendawan Cheese

Kalau tak guna sup cendawan champbells tu boleh je tapi rasa akan lain sikit laa. Ye lahh 1 tin tu kalau ambil tu je pon dah sedap kan apa lah agaknya bahan dia letak ye tak. Tapi lagi extra rasa berkrim la kalau letak sup cendawan champbells ni. Selamat mencuba ok.

Bahan-bahan

Bahan inti
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang sosej
  • 7 ketul cendawan butang
  • 1 cawan isi ayam
  • 1 batang karot
  • 1 tin sup cendawan champbells
  • Air secukupnya
  • 1 sk lada hitam
  • Cheesedale

Cara penyediaan

  1. Tumis bawang yang dipotong dadu hingga layu.
  2. Masukkan isi ayam yang dipotong kecil. Tumis hingga masak
  3. Masukkan karot, cendawan butang dan sosej yanh telah dipotong
  4. Apabila kesemua sudah layu, masukkan 1 tin sup cendawan chambells dan sedikit air.
  5. Apabila sudah masak, sejukkan. Balut menggunakan kulit popiah.
  6. Goreng popiah menggunakan minyak panas. Sedia dihidang

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top