skip to Main Content
Pizza Gebu Buatan Sendiri Sesuai Untuk Bekalan Anak

Pizza gebu ni biasa orang buat jual juga. Kat sekolah, kedai bakery ke kat kantin ke kan ada la buat pizza gebu yang jenis kecik je plastik dia. Jual maybe dalam RM2-3 macam tu. Kadang bila hn pergi kedai bakery je, ambil gak yang jenis ni sedap juga buat isi perut dulu kan.

Resepi Pizza Gebu

Kalau buat untuk anak dan keluarga makan tu boleh lah letak bahan-bahan lebih sikit kan. Ikut suka nak letak daging ka, udang ka yang penting cheese lebih. Tudiaaa baru padu beb! ahakss..

Bahan-bahan Pizza Gebu

Roti
  • 300 g tepung roti
  • 1 biji telur
  • 160 ml susu segar
  • 11 g yis kering
  • Gula 2 tbsp
  • Butter 2 tbsp
  • Bread improver 1/2 tsp
  • Secubit garam
Hiasan
  • Sosej
  • Isi ketam
  • Udang
  • Sayur campur
  • Mozarella cheese
  • Cheese stick
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara penyediaan

  1. Satukan susu segar suam, gula dan yis kering kedalam bekas. Biarkan 5 minit.
  2. Di dalam bekas lain, satukan tepung roti, butter, bread improver dan garam. Gaul sebati dan masukkan campuran yis tadi. Masukkan telur dan uli 15 minit.
  3. Perap doh selama 30 minit di tempat yang suam.
  4. Selepas doh kembang, tumbuk doh dan perap lagi 30 minit.
  5. Canaikan doh bentuk pizza, dan hiaskan mengikut citarasa.
  6. Biarkan doh 30 minit dan bakar 150 selama 20 minit. Sedia dihidang

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top