skip to Main Content
Nasi Kerabu Kelantan Bersama Daging Bakar Yang Sedap

Nasi kerabu ni antara nasi berlauk yang berasal dari kelantan yang ramai peminat. Ada setengah orang dia tak suka pagi-pagi makan nasi kerabu, tapi hn sendiri tak kisah pon makan nasi kerabu pagi-pagi lagi cepat kenyang dan kadang terus skip lunch dan makan malam terus.

Resepi Nasi Kerabu

Orang kata kalau nak nasi kerabu tu sendiri sedap kene pakai bunga telang ek panggil dia haa betullah dah google..ahaks..Tapi kat putrajaya ni mana nak cari melainkan kalau rajin tanam sendiri kan.. makanya pakai pewarna je la ekk..hehee

Bahan-bahan

Daging bakar
  • 1/2kg daging
  • 3 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 3 btg serai
  • 2 inci halia
  • 1 tspn serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
Sambal kelapa
  • 5 sudu kelapa parut disangai
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ekor ikan kembung direbus
  • Garam
  • Gula
Nasi biru
  • 3 cawan beras
  • Sedikit pewarna biru
  • Air secukupnya
Solok lada
  • 3 sudu kelapa parut disangai
  • 3 biji bawang merah
  • 1 tbsp lada hitam
  • Garam
  • Gula
  • 2 ekor ikan kembung mentah
  • 7 biji cili hidup
  • 1 cawan santan
Kuah tumis
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • Segenggam cili kering
  • 2 batang serai
  • 3 asam keping
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu budu
  • 1/4 cawan gula melaka
  • Garam

Cara penyediaan

Daging bakar

  1. Kisarkan semua bahan dan perapkan daging selama 2 jam.
  2. Bakar daging selama 1 jam suhu 140 mengikut oven masing-masing.

Sambal kelapa

  1. Cara-cara sambal kelapa
  2. Sangaikan kelapa muda tanpa minyak sehingga menjadi perang.
  3. Tumbuk lumat kesemua bahan dan perasakan dengan gula dan garam.

Solok lada

  1. Perisikan ikan kembung mentah dan tumbuk kesemua bahan.
  2. Sumbatkan bahan mentah kedalam lada hijau yang telah dibuang biji
  3. Alaskan periuk dengan kacang panjang supaya lada tidak hangit semasa msrebus.
  4. Masukkan santan dan biarkan sehingga solok lada masak sepenuhnya.

Kuah tumis

  1. Kisarkan bawang besar, bawang merah dan cili kering
  2. Tumis bahan kisar hingga separuh masak, masukkan serai dan gula melaka.
  3. Masukkan santan, asam keping dan budu. Perasakan dengan garam.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

 

Facebook Komen

Back To Top