skip to Main Content
Muffin Bluberry Yang Sedap,Gebu,Cepat Dan Mudah

Muffin bluberry ni tak semua orang yang suka akan rasanya tu. Tapi hn percaya kalau orang tu buat sedap mesti terus dia jatuh cinta pandang pertama gituuuu. Tapi kalau first time kita rasa tak sedap mesti walaupun jenis kek yang sama kita taknak rasa dah kan..hehee

Resepi Muffin Bluberry

Hn ni bukan jenis suka cuba-cuba pelbagai resepi dan rasa sebab takut rasa menyesal bila sekali sama ada jatuh cinta atau memang tobat taknak makan dahh..haha.. sampai cenggitu sekali kann..

Bluberry ni antara perisa yang hn kurang gemar juga tapi haritu bila cik ain buat bluberry cheese tart rasa dah jatuh cinta la dengan blueberry ni walhal sebelum ni kalau beli roti bluberry ke apa2 yang ada kaitan lah makan ciput jee sebab nyesal.. Hahah.. Tapi muffin bluberry ni boleh tahan sedap juga rupanyaa..

Bahan-bahan Muffin Bluberry

  • 180g tepung naik sendiri
  • 115g gula kastor
  • 2 biji telur
  • 115g unsalted butter
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1 cwn bluberry
  • Sedikit jem bluberry⁠⁠⁠⁠

Cara penyediaan

  1. Masukkan gula dan unsalted butter ke dalam bekas. Pukul sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur. Kacau sebati lalu masukkan susu segar.
  3. Gaulkan 1 sudu tepung bersama bluberry terlebih dahulu. Kemudian masukkan tepung kedalam adunan cair tadi.
  4. Masukkan bluberry dan kacau sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam bekas cawan kertas. Bakar 150 selama 30 min. Sedia dihidang

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top