skip to Main Content
Fettucini Carbonara Cheese Makanan Western Yang Sedap

Fettucini carbonara cheese ditambah pula sedikit cili padi dan makan masa suam-suam sikit mesti akan bertambah 2 ke 3 kali lagi-lagi bila tengah betul-betul lapar. Hehee.. Baru je semalam kata tengah diet kan..huhu makanya kene makan fettuci carbonara cheese dalam mimpi je laa yee.. Siapa tak diet silakan okey..

Resepi Fettucini Carbonara Cheese

Ada yang suka makan carbonara gaya betul-betul western dan ada juga tak suka carbonara ni sebab tak pedas jadi macam hn sukhati je derhaka resepi memang tambah cili padi laa baru power selera,tekak serta perut masing-masing ok.. Hehee

Bahan-bahan

  • 1/4 bawang besar
  • 2 biji cendawan butang
  • 1 biji cili
  • 3 beef strip
  • 1/4 tin carbonara soup
  • 40 ml susu segar
  • 1 keping cheesedale
  • Sedikit perasa
  • Fettucini

Cara penyediaan

  1. Rebus fettucini hingga 3/4 masak. Tos dan sejukkan. Bilas supaya fettucini tidak melekat
  2. Tumis beef strip yang telah dipotong. Tumis juga bawang dan cendawan butang.
  3. Kemudian masukkan cili padi
  4. Masukkan carbonara soup dan juga susu segar. Biarkan hingga mendidih
  5. Masukkan cheese dan kacau rata. Perasakan dengan garam.
  6. Masukkan fettucini. Kacau rata hingga masak. Sedia dihidang.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

 

Facebook Komen

Back To Top