skip to Main Content
Daging Rebus Kunyit Berlada Yang Mudah Dan Sedap

Daging rebus kunyit berlada yang sedap dan mudah. Biasa kalau pergi pasar beli daging jangan lupa mintak daging batang pinang tau. Baru laa tak liat dan senang anak nak makan. Kalau buat daging rebus pon insyaAllah tak perlu rebus lama sangat pun daging dah lembut.

Resepi Daging Kunyit Berlada

Kalau makan kat luar minta daging ke tapi kalau liat sampai melekat dekat gigi aduhaii malasnyaaa nak sambung makan. Jadi terus putus selera makan. Tapi kalau daging lembut elok campur pedas2 sikit fuhhh berpinggan makan pon takpe.. Tu yang gemuk tu kannn..hahahaa.

Bahan-bahan

Bahan Rebusan Daging
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyi hidup
  • Daging 1/2 kg
Bahan Tumis
  • Sebiji bawang besar
  • Sebiji tomato
  • 5 batang cili padi
  • 1 batang cili hidup
  • Sedikit air

Cara penyediaan

  1. Kisar semua bahan untuk rebusan kecuali daging. Rebus bahan kisar bersama daging ynag dihiris nipis.
  2. Selepas rebusan kering, tumbuk kesemua daging.
  3. Kisar pula bahan untuk ditumis dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan masukkan daging ke dalam tumisan tadi. Garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidang

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top