skip to Main Content
Cinnamon Rolls Antara Roti Kegemaran Yang Sedap

Cinnamon rolls ni korang pernah makan dekat kedai tak? Sekarang ni banyak kedai dalam mall ada dah kedai-kedai roti yang hanya fokus jual contohnya macam dia jual cinnamon rolls je. Harga tak pasti la pulak macam mana sebab haritu tak beli pon. Korang pernah cuba ke?

Resepi Cinnamon Rolls

Finally hn dah jadi peminat cinnamon roll ni. Dulu hn kurang suka makan makanan macam roti yang berperisa cinnamon rolls ni. Kalau ada pilihan coklat dan kulit kayu manis ni ofcourse la hn akan pilih coklat. Hehee..

Bila dah cuba sekali rupanya sedap jee rasa dia dan boleh layan je kann untuk jenis orang yang tak suka try macam-macam seperti hn ni..heee korang memang kene cuba juga lah ok..

Bahan-bahan Cinnamon Rolls

Bahan-bahan roti
  • 290 g tepung roti
  • 165 ml susu segar
  • 35g butter
  • 1/2 tbsp bread improver
  • 45g gula kastor
  • 11g yis
  • Secubit garam
  • 1 biji telur
Bahan-bahan filling
  • 100gram gula perang
  • 50gram gula kastor
  • 2tbsp serubuk cinnamon
  • Butter secukupnya
Bahan-bahan topping
  • 90gram creamcheese
  • 25gram butter
  • 80gram gula aising
  • 2-4tbsp susu segar

Cara penyediaan

  • Cara-cara membuat roti
  1. Campurkan susu, gula dan yis ke dalam bekas. Kacau seketika dan biarkan selama 10-15 minit.
  2. Masukkan tepung, butter, bread improver dan garam ke dalam bekas lalu kacau rata. Masukkan campuran yis yang telah kembang ke dalam bekas tepung dan kacau seketika.
  3. Masukkan telur dan uli adunan sehingga kental. Tutup adunan roti dan biarkan selama 30 minit di tempat yg suam.
  4. Apabila adunan telah naik 2 kali ganda, tumbukkan sedikit adunan dan uli selama 10 min. Tutup adunan dan simpan di tempat suam selama 30 min.
  5. Leperkan doh bentuk petak
  • Cara-cara filling
  1. Kacau rata kesemua bahan kecuali butter
  2. Butter hendaklah disapu diatas doh kemudian ratakan bahan gula ke atas doh.
  3. Gulung dan potong 1 inci lalu masukkan ke dalam loyang.
  4. Perapkan doh selama 30 min dan bakar suhu 150 selama 25 min
  • Cara-cara topping

    1. Pukul kesemua bahan dan sapukan di atas roti yg sudah di bakar.

    Sedia dihidang

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

 

Facebook Komen

Back To Top