skip to Main Content
Asam Pedas Tokmi Pilihan Masakan Yang Cepat Dan Mudah

Asam Pedas tok mi ni sedapnya makan dengan nasi panas, ikan atau ayam goreng, sayur kangkung dan set sambal belacan mesti ada. hehe.. Sebelum ni hn ada buat entry asam pedas ikan pari, kalini seminit resepi buat guna ikan selar je.

Resepi Asam Pedas Tok Mi

Bila nak cepat, asam pedas ni antara menu yang mudah disediakan. Ye lah jadi mak-mak ni pun kadang bila dah macam kerja nak buat sedar2 dah tengahari anak balik sekolah nak makan. Memang kene cup cap cup cap tanda buat kerja cepat-cepatlah..hehe

Bahan-bahan Asam Pedas Tok Mi

Kisar

  • Segenggam cili kering
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 halia
  • 1/2 lengkuas
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih

Masak

  • 1/2 sudu teh halba
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 batang bunga kantan
  • 1 sudu makan asam jawa
  • Ikan (pilihan sendiri)

Cara penyediaan

  1. Kisar semua bahan kisar dan panaskan minyak. Masukkan halba kemudian tumis sekali bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air secukupnya dan apabila sudah menggelegak, masukkan semua bahan masakan. Perasakan dengan garam, gula dan asam jawa.
  3. Apabila ikan sudah masak, Asam Pedas Tok Mi sedia dihidang.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top