skip to Main Content
8 Jenis Masker Buah-Buahan Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Masker buah-buahan ni memang cara yang sangat-sangat mudah untuk dapatkan kulit wajah yang cantik. Sekarang pun dekat watson ke guardian ke dah ada jual yang siap tepek kann. Tapi ternyata efek dia berbeza bila kita guna buah yang sebenar.

8 Jenis Masker Buah-Buahan Untuk Kecantikan

Kulit muka hn sangat-sangat kering lepas bersalin haritu. Memang sangat-sangat perlukan moisturiser dan mask ni pon penting juga pakai kalau nak kulit muka pulih macam biasa. So nanti nak cuba lah petua ni.. Jom tengok kulit korang macam mana..

1. Membuang Sel Kulit Mati

Kisarkan 50-100g betik bersama sedikit madu, Setelah sebati, oleskan pada wajah selama beberapa minit. Setelah kering, cuci wajah menggunakan air suam.

2. Menghilangkan Jerawat

Pukul sebiji telur kemudian perahkan 2 biji limau nipis. Gaulkan hingga sebati dan oleskan bahan tersebut pada wajah. Setelah keras dan kering, cuci wajah dengan air suam.

3. Mengurangkan Kulit Berminyak

Potong buah epal kepada beberapa bahagian kemudian kisar menggunakan blender tanpa menambahkan air. Setelah selesai, oleskan pada wajah selama 30 minit.

4. Menegangkan Kulit

Potong nenas kepada beberapa bahagian kemudian kisarkan hingga lumat. Oleskan pada wajah selama beberapa minit hingga kering. Setelah selesai, bilas wajah menggunakan air suam.

5. Menyegarkan Kulit Wajah

Hiriskan tomato kepada beberapa bahagian kemudian godokkan pada kulit wajah. Cara kedua pula adalah ambil air perahan tomato kemudian sapu pada wajah hingga kering.

6. Mengurangkan Kedutan Wajah

Kisarkan sebatang lobak yang dicuci bersih bersama 2 sudu madu. Kisarkan hingga sebati kemudian oleskan pada kulit wajah. Biarkan hingga kering dan bersihkan dengan menggunakan kapas yang dicelup air suam.

7. Mengatasi Kulit Kering

Ambil setengah biji aprikot dan masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan sebiji kuning telur dan 1/4 sudu susu segar. Kacau hingga sebati kemudian oleskan pada wajah. Biarkan 15-30 minit sebelum bilas menggunakan air suam.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top