skip to Main Content
7 Petua Semulajadi Hilangkan Blackhead Dengan Mudah

Hilangkan blackhead dan whitehead dengan cara semulajadi dengan mudah. Ramai yang alami masalah ni kan dan biasanya orang yang alami ni selalu terdedah dengan cahaya, kurang menjaga muka dan lain-lain lagi. Kene rawat cepat kalau tak nak kawan korang tegur..ahakss

Petua Semulajadi Hilangkan Blackhead

Biasanya kalau perempuan bila nampak je ada blackhead dan whitehead celah hidung ke dekat dagu ke mula ambil alat pembedahan. Apa kata lepas ni cuba pula petua semulajadi ni, yang penting istiqamah tau. Kalau dah buat jangan lupa share dengan hn tau..

1. Soda Bikarbonat

Buat pes daripada 2 sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan supaya ramuan itu meresap ke dalam kulit anda. Cara ini membantu membuang lebihan minyak, kotoran dan debu pada kulit muka.

2. Timun

Ekstrakkan jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus tersebut dan sapukan pada muka anda. Biarkan ia selama 20-30 minit sebelum dibilas. Sebaiknya lakukan setiap hari selama sebulan.

3. Oat

Campurkan 5 sudu madu dan 2 sudu susu tepung ke dalam 2 sudu oat. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka. Kemudian, urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering sebelum dibilas.

Sesuai diguna oleh mereka yang kulit jenis sensetif

4. Yogurt

Sapu yogurt pada muka dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Lakukan sekerap mungkin untu membuang minyak yang berlebihan dan membuang sel-sel kulit mati.

5. Ais

Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Ais dapat meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit dan seterusnya membina kulit yang lebih sihat.

6. Cuka Epal

Campurkan sedikit cuka epal ke dalam air. Kemudian gunakan kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

7. Gula

Gaul 2 sudu gula, satu sudu minyak zaitun, sedikit lemon dan jadikannya sebagai scrub. Kemudian sapukan pada muka. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas. Cara ini dapat mengurangkan lubang pori yang terbuka.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top