skip to Main Content
7 Petua Mudah Hilangkan Sunburn Di Wajah Dengan Bahan Mudah

Hilangkan sunburn dengan hanya bahan mudah saja. Biasa hn kalau mandi laut ke lepas tu mesti rasa muka hitammm gila padahal xde la sangat biasalah la perempuan emo lebih.. haha.. Tapi memang lah dah pakai sunblock pon tak jalan bila kene sunburn ni kan..

Petua Mudah Hilangkan Sunburn

Rupanya ada je petua mudah nak hilangkan sunburn ni ya. Dengan bahan-yang senang jumpa pulak tu dan hn sukaa tapi haruslah kene istiqamah kan bukan satu malam je pakai dah hilang sunburn tu kan.. Kene rajin ye sis sekalian.

1. Timun

Ambil beberapa biji timun kecil dan kisar hingga hancur. Campur dengan 2 sudu susu tepung dan kacau hingga likat kemudian sapu pada seluruh kulit wajah seperti masker.

2. Tembikai

Hiris nipis potongan tembikai lalu tekankan pada wajah yang sudah dibersihkan. Lakukan selama 20 minit lalu bilas dengan air bersih. Tembikai mengandungi zat astrigen yang mampu menyejukkan wajah terbakar kerana matahari.

3. Mayonis

Sapu dan ratakan sedikit mayonis pada kulit yang terbakar. Mayonis mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari.

4. Lidah Buaya

Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan untuk diambil lendirnya. Sapukan pada kulit wajah sambil mengurut perlahan. Amalkan setiap hari sehingga kesan kulit terbakar hilang.

5. Baking Soda

Campurkan baking soda dengan sedikit cuka, lalu sapukan pada bahagian kulit yang terkena ‘sunburn’ sebelum tidur. Biarkan semalaman dan bilas keesokan paginya.

6. Ais

Ketika kesan sunburn masih baru, basuh muka bersama air yang bercampur ais. Suhu sejuk pada ais akan membantu mengurangkan kemerahan serta melembapkan kulit.

7. Tomato

Cuci bersih sebiji tomato kemudian belah kepada 2 bahagian. Gosok pada wajah perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika, selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top