skip to Main Content
6 Petua Pipi Merah Semulajadi Yang Boleh Anda Cuba

Pipi merah semulajadi biasanya anak-anak muda atau segelintir wanita yang sukakan kecantikan mesti nak untuk pipi masing-masing. Alternatif lain mesti ramai yang guna blusher untuk sapukan pada pipi kan?

Petua Pipi Merah Semulajadi

Biasalah tu kalau dah pakai makeup rasa macam tak complete kalau tak pakai blusher untuk merahkan pipi kan..Jadi apa kata cuba petua pipi merah semulajadi dengan bahan yang mudah ni. Mana tau lepas ni dah jimat duit beli blusher kan.. hihi..

1. Hampas Teh

Sapukan hampas teh yang telah digunakan terutama pada bahagian pipi. Biarkan sehingga kering, kemudian bilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

2. Tomato

Hancurkan buah tomato untuk dijadikan masker kemudian letakkan pada wajah selama 10minit. Selepas itu, bilas wajah menggunakan air sejuk.

3. Madu

Gunakan madu untuk dijadikan masker pada kulit wajah. Caranya, oles madu pada pipi dengan rata dan biarkan selama 20 minit. Setelah selesai, bilas dengan air bersih.

4. Cuka Epal

Sapu cuka epal pada pipi menggunakan bebola kapas. Cuka epal berupaya membantu membersihkan kulit dan menggalakkan peredaran darah pada pipi.

5. Strawberi

Potong strawberi kepada 2 bahagian kemudian sapu pada pipi. Biarkan selama 3-hingga 5 minit. Vitamin pada buah ini akan membuatkan kulit sihat dan kemerahan.

6. Lemon

Campurkan 1/4 cawan air perahan lemon, 3/4 cawan gula dan 1 sudu makan madu asli. Sapukan pada keseluruhan pipi selama 2 hingga 5 minit. Setelah selesai, bilas dengan air bersih.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top