skip to Main Content
6 Petua Kulit Licin  Tanpa Mekap Tebal Hanya Dengan Buah Dan Kekacang

Kulit licin memang menjadi idaman setiap wanita kan. Masa hn kecik-kecik dulu memang rajin tengok artis kulit lawa-lawa je lagi-lagi Siti Nurhaliza tu kann. Tak mekap pon comeyyy je muka dia dan tengok alahaii kulit dia tengok dari jauh tau dah licin kan..

Petua Kulit Licin  Tanpa Mekap Tebal

So masa sekolah menengah tu memang rajin lah dok rawat muka dengan bahan-bahan cari kat dapur je. Ye lah mana nak dapat duit banyak-banyak pergi spa kan? Buat sendiri je lah spa kat rumah..hihii

1. Madu

Ambil satu sudu kecil minyak zaitun, gula dan madu asli dengan kuantiti sama banyak. Gaul bahan hingga rata dan berubah menjadi krim. Kemudian sapu dan urut lembut pada muka dengan gerakan melingkar.

2. Badam

Rendam 4-5 biji badam dan sedikit kunyit ke dalam susu cair pada waktu pagi. Pada sebelah malam, hancurkan bahan hingga menjadi pes. Sapukan campuran tersebut pada kulit muka dan biarkan semalaman.

3. Epal

Hancurkan sebiji epal dengan menggunakan pengisar tanpa menambah air ketika mengisar. Kemudian sapukan pada muka selama 30 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

4. Tomato

Tomato mengandungi lycopene yang mampu melindungi kulit dari sinaran matahari. Pengambilan tomato secara konsisten dapat merangsang kolagen dalam kulit sekaligus membantu kulit lebih anjal.

5. Soya

Susu soya kaya dengan isoflavon yang berfungsi menjaga kulit agar tetap anjal. Pengambilan dalam jumlah yang mencukupi dapat membuatkan kulit kita lebih anjal, licin dan sihat.

6. Strawberry

Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, strawberry turut mengandungi kolagen yang dapat membantu mencerahkan serta melicinkan kulit.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top