skip to Main Content
6 Petua Hilangkan Kedutan Bawah Mata Dengan Bahan Semulajadi

Hilangkan kedutan bawah mata dengan bahan-bahan semulajadi. Hn pun risau mata hn ni pon banyak juga kedutan bawah mata ni. Taknak lah tua sebelum usia dengan fizikal yang berisi sekarang ni..ermmm korang pon sama kann..hahadoi..

Petua Hilangkan Kedutan Bawah Mata

Baru-baru ni berkira-kira jugak nak beli cream untuk lebam dan kedutan bawah mata ni. Bila nampak artikal ni baik cuba bahan-bahan yang mudah dan kos pon tak mahal berbanding krim yang ada dekat pasaran tu kan. Ok jom kita tengok bahan dia..

1. Daun pudina

Hancurkan segenggam daun pudina dan campurkan dengan 2 sudu air perahan limau nipis. Kemudian, celupkan kapas ke dalam campuran tersebut dan oleskan pada bawah yang berkedut. Biarkan seketika dan bilas dengan air.

2. Putih telur

Campurkan putih telur, susu dan madu bersama dan kacau hingga sebati. Kemudian sapu pada bahagian bawah mata. Biarkan seketika dan lap dengan kain bersih.

3. Lidah buaya

Campurkan lidah buaya bersama air perahan limau nipis dan yogurt. Kacau rata kemudian oles dan ratakan pada bahagian bawah mata. Biarkan kering seketika, sebelum bilas dengan air sejuk.

4. Susu

Campurkan susu bersama air mawar dalam jumlah yang sama. Kemudian celupkan kapas dalam campuran ini dan sapukan pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit sebelum mencuci dengan air sejuk.

5. Nanas

Campur jus nanas dan air mawar dalam jumlah yang sama kemudian celupkan kapas dalam campuran ini. Tekapkan kapas pada bahagian bawah mata selama 25 minit. Setelah selesai bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali sehari.

6. Minyak jarak

Campur beberapa titis minyak jarak dengan yogurt segar. Kemudian sapukan lapisan masker ini pada bahagian bawah mata. Berhati-hati ketika menyapu agar tidak terkena mata. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top