skip to Main Content
6 Petua Halau Lalat Secara Semulajadi Hanya Dengan Bahan Mudah

Macam mana nak halau lalat secara semulajadi? Jangan risau bahan-bahan yang hn share ni mudah sahaja nak cari tak susah mana pon. So jom cari dekat dapur mana tau memang dah ada ke kann..

Petua Halau Lalat Secara Semulajadi

Lalat ni bila ada dekat dapur uishhh rasaa nak katokk aje. Anak dara saya aisyahumaira dia nampak lalat dia jerit.. Hahaha.. Ok memang best sakat dia dan kalau dari lalat dekat dengan dia memang boleh buat dia nangis…kuang kuang kuangg.. Ok lah aisyah nanti ibu cuba tips ni ok..

1. Daun Kari

Aroma yang dihasilkan daripada daun kari menyebabkan lalat tidak suka mendekati rumah anda. Caranya, ambil secekak daun kari kemudian rendamkan ke dalam air bersih.

2. Limau dan Cengkih

Limau purut dan cengkih mengeluarkan aroma yang wangi untuk kita tetapi tidak untuk lalat. Gabungan kedua-dua bahan ini sangat berkesan untuk menghalau lalat.

3. Timun

Timun adalah sejenis lagi bahan yang dibenci oleh lalat. Bagi mengelakkan lalat daripada bertelur pada tong sampah letakkan hirisan timun di sekitar tong sampah atau di sekitar pintu dan tingkat rumah.

4. Serai Wangi

Ambil segenggam serai wangi dan bersihkan sebelum dikisar kering. Kemudian, campurkan pes ini ke dalam secawan air dan biarkan semalaman. Esoknya, tapiskan hampas kemudian masukkan ke dalam botol spray.

5. Kayu Manis

Aroma kayu manis juga boleh digunakan untuk menghalau lalat yang berkeliaran di dalam rumah. Caranya, tumbukkan kayu manis dan jadikan ia sebagai pewangi dalam rumah.

6. Gantungkan Air Dalam Bekas Plastik

Isikan air ke dalam sebuah plastik jernih dan gantungkan pada pintu dan tingkap. Petua ini akan mempengaruhi penglihatan lalat kerana ilusi optik seakan-akan sarang labah-labah.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top