skip to Main Content
6 Makanan Diet Untuk Lewat Malam Yang Berkhasiat

Makanan diet yang diperlukan bila tengah malam memang sangat diperlukan buat mereka yang sedang berdiet. Atleast bagi hn mesti ada buah pon ok dah.

Kalau takde stok buah mula lah nak cari makanan yang tak sepatutnyakan. Kalau boleh memang bila malam takyah la makan dah tapi tu lah lagi malam lagi perut berkeroncong dondang sayang ada lah kalau tak makan..hehe

Makanan Diet Untuk Lewat Malam

Jadinya bila dah lewat malam tapi kena stay up untuk beberapa kerja kena buat, perut lapar end up kita makan bukan-bukan tetiba ada kat kedai mamak order roti canai pula kan lepas tu tahun ni punya azam nak diet pon tangguh la ke tahun depan.. hahahaa.. Jadi sebelum parah baik korang sediakan stok makanan ni dekat rumah siap-siap ok.. hehe

1. Daging Ayam

Protein tanpa lemak bukan sahaja baik untuk otot bahkan juga membantu perut berasa kenyang tanpa menambah berat badan. Masak daging ayam dengan cara grill atau bakar.

2. Bijirin

Bijiran seperti multi-grain, crispies beras, emping merupakan makanan diet pada waktu malam. Makanan jenis ini mampu dicerna dengan mudah dan juga mengenyangkan.

3. Buah-buahan

Antara buah yang sesuai diambil lewat malam adalah seperti pisang, epal, pic, plum, ceri, anggur dan mangga. Selain dimakan terus, buah ini juga boleh diproses sebagai jus ataupun smoothie yang mampu mengenyangkan perut.

4. Kekacang

Kacang merupakan sumber tertinggi protein selepas bijirin dan lentil. Anda boleh cuba makan badam, pecans, walnut, pistachio untuk mengurangkan rasa lapar dan mendapat khasiat vitamin E

5. Susu

Segelas susu badam merupakan pilihan terbaik untuk memberikan tenaga untuk badan ketika lewat malam. Namun susu lembu biasa atau susu serbuk juga boleh diambil untuk memberi rasa kenyang pada waktu malam.

6. Oatmeal

Oat adalah pilihan makanan rendah lemak yang berkhasiat. Tambhakna buah-buahan dan susu bersama-sama dengan oatmeal untuk rasa yang lebih sedap dan mengenyangkan.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top