skip to Main Content
6 Jenis Air Detox Untuk Kempiskan Perut

Perut kempis memang idaman semua orang kan. Lagi-lagi mak yang baru bersalin ni haa bila tengok perut menggelebeyy je lagi aduh rasa stress je hn nii.. huhuu sedihh..So selain jaga pemakanan kita jaga exercise juga tau. Selain tu boleh amalkan air detox ni lagipun memang minum air ni wajib bagi mengelakkan kita makan bukan-bukan.

Jenis Air Detox Untuk Kempiskan Perut

Nak buat air detox pon bukan susah. Kalau sebelum ni hn letak lemon je dalam botol minuman. Lepas ni boleh lah cuba air detox cara lain ni pulak. Bahan-bahan dalam list ni pon insyaAllah ada kat dapur tu kan.. So nak kurus tak leh bagi alasan dah la ye..hihi

1. Cuka Epal

Air detoks bersama cuka epal dapat membuang segala toksik di dalam badan, meningkatkan sistem penghadaman dan menaikkan kadar metabolism. Selain itu, ia mampu memperbaiki tahap keseimbangan pH dalam badan.

2. Lemon

Lemon dan limau tinggi dalam Vitamin C, ia mampu membentuk enzim untuk penghadaman sekaligus membantu melancarkan sistem penghadaman

3. Daun Pudina

Selain baik untuk hempedu dan kelenjar air liur, pudina juga mempunyai enzim yang mampu menyerap nutrisi dan vitamin di dalam makanan. Tambahkan 10-15 helai daun pudina bersama hirisan limau dan timun.

4. Kulit Kayu Manis

Kayu manis berfungsi membantu membunuh bakteria jahat dan menyembuhkan sebarang jangkitan yang terdapat di dalam usus. Hiris nipis buah epal dan masukkan satu batang kayu manis ke dalam air.

5. Halia

Halia sangat baik untuk melegakan kekejangan, kembung perut, angin dalam badan dan sembelit. Hiris nipis halia kemudian rendam semalaman ke dalam air.

6. Timun

Timun mempunyai banyak air dan serat dimana sangat baik untuk sistem penghadaman dan pergerakan usus. Hiris nipis timun kemudian rendamkan ke dalam air harian minuman.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top