skip to Main Content
5 Petua Halau Semut Dari Rumah Dengan Bahan Di Dapur

Petua halau semut yang mudah hanya menggunakan bahan di dapur sahaja. Rumah hn ni biasalah cik ain suka buat kek manis-manis kan memang banyak la semut dan segala jenis semut ada..haha.. Jumpa petua halau semut dari rumah ni jadi hn share sekali dengan korang ok..

Petua Halau Semut Dari Rumah

Semut hitam,semut kecik yang gigit tu sampai semut merah pon ada. Haritu sampai dia buat rumah dekat tempat buka lampu luar rumah tu. Sampai kene panggil pomen datang la ketuk dinding tengok-tengok memang bekas dia buat rumah.. Aduhh geramm je haa…

1. Kulit Telur

Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Kemudian taburkan abu kulit tersebut ke laluan semut atau berdekatan dengan bekas gula dan makanan bagi mengelakkan semut.

2. Cili Kering

Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Dikatakan semut akan menghurung hampir semua makanan termasuk air kosong tetapi semut tidak pernah menghurung cili kering.

3. Minyak Masak

Celupkan kain ke dalam minyak masak kemudian ikat kain tersebut disekeliling bekas gula, keliling meja dan beberapa bekas makanan yang lain. Dengan petua ini, semut tidak akan melintasi kain yang sudah dicelup minyak terbabit.

4. Asam Keping

Masukkan beberapa asam keping atau asam gelugur ke dalam bekas gula. Rasa asam keping tidak akan menukar manis gula. Cara ini dapat mengelak semut.

5. Bunga Cengkih

Masukkan beberapa biji bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk mengelakkan semut masuk ke dalam bekas gula. Bagi menghalau semut yang sudah memasuki bekas gula, taburkan juga beberapa biji bunga cengkih ke dalam bekas terbuka.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top