skip to Main Content
5 Makanan Anti Penuaan Dalam Masakan Yang Selalu Digunakan

Anti penuaan biasanya sangat sinonim dengan wanita. Ye lah kalau dari muda tak dijaga tak mustahil kita akan nampak lebih tua dari usia sebenar. Tapi budak-budak sekarang sekolah menengah pon dah makeup tebal-tebal nak sangat nampak matured gituuu..aduyaiiii..

Jenis Makanan Anti Penuaan

So kalini hn nak share antara jenis makanan yang boleh mengurangkan penuaan kita berlaku dengan cepat. Ini salah satu cara sahaja tau dengan menjaga pemakanan. Cara lain insyaAllah nanti hn akan share lagi.

1. Sayur-sayuran

Sayuran seperti kubis, brokoli, kangkung, sawi dan lobak membantu tubuh melawan racun yang menyebabkan degenerasi sel dan penuaan.

2. Avokado

Avokado merupakan buah yang kaya akan vitamin E dan lemak. Vitamin E membantu menjaga kulit dan rambut tetap bersinar, dan lemak berfungsi mengurangi kadar kolesterol jahat dalam tubuh.

3. Ikan

Mereka yang makan ikan secara teratur memiliki risiko lebih rendah terkena penyakit jantung. Ikan memiliki kandungan tinggi lemak omega-3 yang mencegah kolesterol dalam tubuh.

4. Teh hijau

Teh hijau sangat baik untuk kulit kerana memiliki sifat anti-inflamasi dan antioksidan. Pengambilan teh hijau secara kerap terbukti baik untuk kesihatan.

5. Bawang putih

Bawang putih mempu mencegah degenerasi sel yang menyebabkan penuaan selain memiliki manfaat membantu mencegah berbagai penyakit seperti kanser usus dan penyakit jantung.

 

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top