Udang Goreng Butter (Butter Prawn) Kegemaran Anak-anak

Udang Goreng Butter (Butter Prawn) Kegemaran Anak-anak

Udang goreng butter memang sedap kalau dimakan ratah macam tu je. Kadang anak saya dah ada udang, nasi memang tak berusik langsung. Jadinya suami la kene habiskan sebab saya diet..haha.. Ishh udang goreng butter ni memang sedap kalau bila masak betul-betul jadi dia punya serbuk2 tu pon sedap macam makan ayam berempah lah kan ada serbuk2 tu mesti nak makan juga..

Resepi Udang Goreng Butter

Anak suka makan udang, lagi-lagi kalau udang goreng butter kan butter dia dah meresap sikit dalam udang tu atau pun ada kuah butter tu dia buat cicah je macam makan cekodok dengan sos. Haha.. Ok jom kita tengok resepi udang goreng butter kalini..

   

Bahan-bahan Udang Goreng Butter

Udang
  • 4 ekor udang sederhana besar
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tbsp pati ayam
Floss
  • 4 biji kuning telur
  • 1/2 tbsp butter
  • Daun kari
Tumis
  • 2-3 ulas bawang putih
  • Daun kari
  • 2 biji cili padi
  • 100 ml susu cair
  • 1/3 tbsp pati ayam
  • Gula

Cara penyediaan

  1. Bersihkan udang, lumur dengan garam, gula, tepung jagung dan pati ayam. Goreng dan ketepikan.
  2. Untuk floss, pukul telur kuning bersama butter, daun kari dan gula secukupnya. Goreng telur dengan minyak yang panas dan curahkan tinggi. Sentiasa kacau senduk secara membulat laju. Apabila floss sudah garing dan kuning keemasan, angkat dan toskan floss dan biar kering
  3. Panaskan sedikit butter dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari. Masukkan susu cair, gula dan pati ayam. Apabila sudah pekat, masukkan udang, gaul dan tutup api.
  4. Letak udang dan floss bersarang dipinggan dan sedia dihidang dengan hiasan daun parsley.

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah