skip to Main Content
Tomyam Poktek Sedap Yang Terkenal Di Restoran Siam

Tomyam poktek ni yang terkenal di restoran makanan siam memang sedap dan kuahnya pon biasa kita rasa mesti pekat dari kedai makanan lain. Lagipun kalau kuah dia dah sedap, hirup macam tu je pon dah sedap kan. Biasa kat kedai makan hn la tukang perabihkan kuah dia… Hehee.. Memang sejenis suka hirup2 kuah..

Resepi Tomyam Poktek

Hn tak pasti sama ada tomyam poktek ni perlukan santan atau tidak. Ada yang kata tomyam poktek perlukan santan atau susu cair, ada yang kata tidak. Hn pernah cuba kedua-dua cara, Sedap juga bila letak santan tau. Dia rasa lagi kaw tapi tak perlu letak banyak pon letak sikit je pon dah cukup.

Terpulang korang lah nak cuba mana satu tekak rasa lain-lain kan. Ada yang suka bila letak santan, ada yang lagi prefer tak perlu letak kan. Jadi resepi tu terpulang lah nak letak atau tidak yaa. Ok jom tengok resepi tomyam poktek yang cik ain seminit resepi dah buat ni.

Bahan-bahan Resepi Tomyam Poktek

Bahan-bahan

  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 4 sudu pes tomyam
  • 2 kiub tomyam
  • 3 sudu sos ikan
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang lobak
  • 1 genggam cendawan tiram
  • 10 ekor udang
  • 5 ekor sotong
  • 1 ekor siakap
  • Ketumbar
  • Sedikit gula
  • Tomato
  • Bawang besar

Cara penyediaan

  1. Didihkan air, kemudian masukkan lengkuas, serai yang dititik, limau purut dan pes tomyam
  2. Apabila menggelegak, masukkan lobak merah dan tomato. Kemudian masukkan kiub tomyam dan sos ikan.
  3. Masukkan ikan, udang dan sotong yang telah dipotong.
  4. Masukkan bawang besar yang dibelah 4 dan perasakan dengan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan ketumbar. Sedia dihidang

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top