skip to Main Content
Set Milk Booster Membantu Menambahkan Susu Ibu Berpantang

Set Milk Booster antara perkara yang selalu ibu-ibu yang baru lepas melahirkan baby pening. Kebanyakan masa ni mulalah mencari produk untuk banyakkan susu. Ibu-ibu yang baru first time, tau tak sebenarnya makanan yang kita makan semasa berpantang antara faktor membantu untuk penghasilan susu.

Dan kebiasaannya makanan-makanan ni kena cuba dan cuba sampai kita tau bila kita makan je perasan kuantiti susu bertambah. Ada yang kata dia minum horlicks susu mencurah-curah dan ada juga yang kata dia minum horlicks juga tapi kuantiti susu sama je. Apa yang penting air masak jangan lupa minum banyak ok.

Resepi Set Milk Booster

Sebenarnya perkara yang sangat penting untuk penghasilan susu ni adalah perlu kerapkan direct feed atau kerapkan pam susu sejam sekali pada awal kelahiran baby. Awal kelahiran baby banyak tidur dan ibu memang perlu kerapkan bagi ibu susu lagi-lagi pada anak yang jaundis. Bila ibu kerap bagi susu, ibu akan cepat berasa lapar dan ibu memang perlu makan dan minum untuk badan terus menghasilkan susu.

Jadi hn nak share salah satu set milk booster untuk ibu yang sedang berpantang. Hn tak pernah cuba lagi rasa makan salmon panggang ni walaupun baru je habis berpantang. Kene request dekat suami ke camne ni ek? hehee.. Tapi sekarang tengah nak diet sesuai jugak ni untuk kuruskan badan kann..bahan pon senang jee..

Bahan-bahan Set Milk Booster

Bahan salmon panggang
  • 1 keping ikan salmon
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit garam
  • Lada hitam
Bahan Fruit screwer
  • Epal merah
  • Lai
  • Strawberry
  • 1/2 tbsp minyak kelapa dara tropika
  • 1 tbsp madu

Cara penyediaan Set Milk Booster

  1. Tumbuk bawang putih, halia, lada hitam dan garam hingga lumat. Sapukan pada ikan salmon
  2. Panggang ikan menggunakan non stick pan sehingga garing. Sedia dimakan bersama nasi panas dan sup sayur.
  3. Potong buah kepada bentuk cube, dan masukkan madu dan minyak kelapa dara tropika
  4. Gaul rata dan cucukkan pada lidi. Sedia dihidang sebagai pembuka selera

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

 

Facebook Komen

Back To Top