skip to Main Content
Sambal Tahun Pedas Makanan Popular Orang Jawa

Sambal tahun ni terkenal di kalangan orang jawa. Haritu cik ain seminit resepi ada masak sambal tahun ni. Bila makan dengan nasi panas-panas memang layan sangat bagi penggemar pedas. Tapi kalau nak rasa macam mana rasanya boleh je kurangkanlah cili tu ikut tahap kepedasan yang korang boleh terima.

Resepi Sambal Tahun

Rupanya ada sesetengah keluarga jawa bila hari raya pon mesti hidangkan sambal tahun ni untuk keluarga dan tetamunya. Setakat ni hn tak pernah jumpa lagi la. Ayah hn kata dia jawa tapi kira belum cukup pure jawoo la gini takde sambal tahun ye dak..hehe.. Ok jom tengok resepi  ni..

Bahan-bahan

Bahan-bahan
  • 3 biji Bawang merah
  • 5 biji Bawang putih
  • 1 inci Belacan
  • 1 mangkuk cili padi
  • 5 inci lengkuas
  • 600 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • Sotong
  • Udang
  • Garam
  • Gula
  • Asam Keping

Cara penyediaan

  1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, belacan dan beberapa cili padi mengikut kepedasan.
  2. Tumis kesemua bahan tumbuk sehingga garing.
  3. Masukkan lengkuas yang dihiris nipis hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan sotong dan udang. Masukkan santan, cili padi dan asam keping.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia dihidang.

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top