skip to Main Content
Mini Burger Mudah Disediakan Sesuai Untuk Bekalan Anak Ke Sekolah

Selamat tahun baru 2018 semua. Tahun ni azam hn nak lebih rajin masak sendiri gituu. Hehee.. Siapa pernah buat burger sendiri? Hn suka beli jee..haha.. Lagi2 masa hn sekolah menengah dulu ada satu kedai ni buat mini burger perghh sedap gilaa sampai brother tu dah kenal dah hn ni.. hehee

Resepi Mini Burger

Daging burger ni kalau buat sekali banyak pon boleh senang kerja nanti bila2 nak makan panaskan daging letak cheese sayur dan roti taraaa siap makanan petang korang kan. Tapi jangan la makan sekali ngap 10 ketul lepas tu menangis esok timbang naik 10kg..ehhh over nauu tauu..haha..makan berpada2 lah yee..Ok jom tengok resepi mini burger ni..

Bahan-bahan

Bahan daging burger
  • 500 gram daging cincang
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk bawang putih
Bahan lain
  • Adunan roti
  • Salad
  • Timun
  • Sos cili
  • Mustard
  • Mayonis

Cara penyediaan

  1. Ambil adunan roti, terap menggunakan bentuk bulat yang kecil. Sapukan kuning telur dan taburkan bijan jika suka. Bakar suhu 145 selama 10-15 minit
  2. Untuk membuat daging burger, campurkan kesemua bahan dan uli hingga mendapat ketebalan yang diingini.
  3. Terapkan daging menggunakan acuan bulat. Masak daging dan letakkan cheese jika suka
  4. Ambil roti yang telah kita bakar tadi, bahagikan kepada 2.
  5. Sapukan sos, dan lapiskan dengan sayuran dan daging. Sedia dihidang

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..  dahsyat seminit resepi ni dah ada apps ok..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top