skip to Main Content
Kek Gula Hangus Antara Kek Evergreen Yang Menjadi Kegemaran

Kek gula hangus atau dikenali juga sebagai kek sarang semut sebab bentuk dia yang macam sarang semut agaknyaa.  Kek ni memang evergreen dari dulu sampai sekarang masih ada peminatnye. Ada yang jenis selagi kek tak jadi macam sarang semut selagi tu dia gigih cuba dan cuba..baguss betull kann..

Resepi Kek Gula Hangus

Kek gula hangus ni kalau nak hasilkan lubang-lubang yang lebih banyak dan tekstur yang kenyal kene peram lama sikit baru sedap kejadian kek ni orang kata. Ada yang kata perlu peram 3-4jam terpulang la korang nak peram 5jam pon boleh kalau nak dapatkan sarang semut yang extravaganzaaa gituu..hehee

Bahan-bahan Kek Gula Hangus

Bahan A
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 125 gram butter
Bahan B
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur

Cara penyediaan

  1. Masakkan gula hingga menjadi guka hangus. Masukkan air dan butter. Ketepikan seketika
  2. Dalam bekas lain, satukan telur dan susu. Kacau rata
  3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau rata
  4. Kukus selama 1 jam. Sedia dihidang

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top