skip to Main Content
Kek Chocolate Indulgence Coklat Kek Yang Sedap

Kek chocolate indulgence ni antara top kek yang ramai orang beli dekat secret recipe. Sama macam hn juga kalau jenis kek macam kacang-kacang takde, hn lagi suka ambil kek chocolate indulgence ni dari kek yang lain. Dulu ada satu kek cheese ni yang hn rasa sedappp sangatt tapi bila pergi balik secret recipe tu selalu takde dah.

Resepi Chocolate Indulgence

Haa kalini resepi dan cara panjang sangat so kene makesure la kalau nak buat tengok balik banyak kali ok dan fahamkan betul-betul video yang hn sediakan ni. Kalau tak faham boleh tanya hn, nanti hn tanya cik ain terus soalan-soalan korang tu ok.. Selamat membaking..hehee

Bahan-bahan

Bahan-bahan kek coklat
  • 4 biji telur
  • 180 gram gula kastor
  • 150 gram tepung kek
  • 20 gram serbuk koko
  • 70 gram air
  • 15 gram ovellet
  • 50 gram minyak jagung
  • 1 tspn baking powder
Bahan-bahan krim putih
  • 50 gram gula kastor
  • 120 gram unsalted butter
  • 4 gram gelatin
  • 50 gram air
  • 100 gram coklat putih
  • 260 gram whipped cream
  • 2 biji kuning telur
Bahan-bahan krim coklat
  • 50 gram gula kastor
  • 120 gram unsalted butter
  • 4 gram gelatin
  • 50 gram air
  • 100 gram coklat
  • 260 gram whipped cream
  • 2 biji kuning telur
Bahan-bahan Coklat ganache
  • 100 gram whipped cream
  • 100 gram coklat
Bahan-bahan air kopi
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu kopi
  • 1/2 cawan air

Cara penyediaan

  1. Satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung.
  2. Pastikan tepung, serbuk koko, dan baking powder diayak terlebih dahulu
  3. Pukul adunan sehingga gebu. Elakkan pukul terlebih lama kerana ia akan menyebabkan kek jatuh apabila dibakar.
  4. Masukkan minyak jagung dan kacau menggunakan spatula
  5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar suhu 160 selama 30-40 minit mengikut oven masing-masing
  6. Satukan gelatin dan air, ketepikan sekurang2nya 15 minit. Kemudian masak menggunakan kaedah double boiler
  7. Masukkan kuning telur dan gula aising ke dalam bekas, pukul sehingga gula dan telur sebati.
  8. Masak adunan telur menggunakan kaedah double boiler
  9. Satukan adunan telur dan air gelatin. Kacau rata. Kemudian masukkan coklat yg telah dicairkan.
  10. Didalam bekas yg lain, pukul butter sehingga kembang, kemudian satu kan dengan adunan telur.
  11. Dalam bekas yg bersih, pukul whipped cream sehingga kembang dan satukan dengan adunan butter secara kaup balik.
  12. Simpan didalam peti sekurang2 1 jam sebelum digunakan⁠⁠⁠⁠
  13. Satukan kesemua bahan dan masukkan kedalam bekas
  14. Potong kek coklat kepada 4 bahagian. Pastikan kek benar2 sejuk sebelum potong.
  15. Ambil lapisan kek yg pertama dan siramkan dengan air kopi. Kemudian paipkan krim putih diatas kek.
  16. Untuk lapisan kedua kek, paipkan dengan krim coklat dan ulang sehingga habis.
  17. Salut kek dengan lebihan krim coklat dan simpan didalam peti sekurang2nya 8 jam
  18. Selepas kek betul2 sejuk, siramkan dengan chocolate ganache. Biarkan kek sejuk dan sedia dihidang.
  19. Untuk dapatkan potongan yg cantik, panaskan pisau terlebih dahulu. Selamat mencuba

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtubeseminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top