skip to Main Content
Cream Puff Coklat Sesuai Dihidang Semasa Majlis

Cream puff biasanya antara hidangan yang boleh dihidang untuk tetamu bila ada sebarang majlis. Lagi-lagi kalau birthday party ke majlis perkahwinan ke sekarang akan ada tempat khas hanya  untuk desert macam ni. Mana tau korang boleh buat sebagai side income ke untuk cream puff dan menu lain. Tak cuba tak tahu ye dak..hehee..Hn memang kureng sikit bab masak ni..surrender awal-awal2..haha

Resepi Cream Puff Coklat

Tempoh yang diperlukan untuk masak puff dalam 20minit je jadi memang mudah kalau korang nak buat sendiri je kan. Sementara 20minit tu pon korang boleh buat filing dia. Kalau nak buat inti dia yang pelbagai selain coklat ke boleh la buat inti sos kastard pula.

Bahan-bahan

Bahan-bahan puff
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 50 ml air
  • 50 ml susu cair
  • 40 gram butter
  • 2 biji telur
Bahan krim coklat
  • 250 gram whipping cream
  • 1 sudu gula aising
  • 70 gram coklat

Cara penyediaan

  1. Panaskan air, susu dan butter hingga menggelegak. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata
  2. Apabila doh sudah sejuk, masukkan telur 1 per 1. Kacau rata
  3. Paipkan doh menggunakan nozal bintang. Bakar adunan 145 selama 20 minit, dan kecilakn suhu kepada 125 dan bakar lagi selama 20 minit. Biarkan sejuk
  4. Pukul whipping cream bersama gula hingga kembang. Kemudian satukan dengan coklat yang sudah dicairkan.
  5. Picitkan krim kedalam puff yang sudah sejuk. Sedia dihidang

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top