skip to Main Content
Chicken Floss Bun Santai Petang Bersama Keluarga

Chicken floss bun ni kadang2 kalau pergi kedai roti hn akan pilih ni selain roti sosej. Sebab rasa dia yang sedap ala-ala macam makan serunding cicah roti kan. Kalau korang pergi kedai roti korang biasa nampak kan chicken floss bun ni. Korang biasa pilih roti apa kalau masuk kedai roti?

Chicken Floss Bun

Bahan-bahan buat roti ni sama je macam buat roti lain cuma chicken floss ni boleh beli di kedai ataupun boleh je tukar ke serunding ayam atau daging. Sebut pasal serunding ni hn ingat haritu ada beli serunding tapi dah berpantang ni tak nampak dah dekat mana sebab dapur dikerjakan suami dan anak… Ok jom tengok resepi chicken floss bun ni..

Bahan-bahan

Bahan-bahan roti
  • 290 gram tepung roti
  • 165 ml susu segar
  • 11 gram yis
  • 35 gram butter
  • Sedikit garam
  • 1 tspn bread improver
  • 1 biji telur
Bahan mayonis
  • 2 tbsp mayonis
  • Gula
  • Garam
Bahan lain
  • Chicken floss
  • Kuning telur

Cara penyediaan

  1. Satukan yis dan susu segar yang suam. Biarkan selama 15 minit.
  2. Dalam bowl yang bersih, satukan tepung roti dan butter. Ramas sebati
  3. Masukkan garam dan bread improver. Gaul rata
  4. Masukkan adunan yis dan juga telur. Uli hingga adunan menjadi kenyal.
  5. Perap adunan selama 30 min, dan uli lagi. Ulang sebanyak 2 kali.
  6. Bentukkan adunan roti kepada yang anda ingini. Sapukan kuning telur di atas roti yang telah dibentuk. Perap 15 minit dan bakar pada suhu 140 selama 20-30 min
  7. Untuk membuat mayonis sapuan, satukan kesemua dan kacau rata.
  8. Ambil seketul roti dan belah tengah-tengah. Sapukan mayonis yang telah disediakan tadi. Isikan dengan chicken floss. Sedia dihidang.

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top