skip to Main Content
Bubur Nasi Ikan Sesuai Untuk Minggu Awal Berpantang

Bubur nasi ikan masa minggu awal berpantang hn ada juga makan. Lagi-lagi masa awal2 berpantang sembelit teruk sangat-sangat tak selesa nak makan nasi pon tak lalu. Sebab perasaan nak membuang tu ada tapi tak boleh nak membuang. Kadang-kadang masa nak tidur malam tu boleh pula terjaga sebab tak selesa nak baring.

Resepi Bubur Nasi Ikan

Kalau suami yang sedang jaga isteri berpantang bolehlah cuba masakkan bubur nasi ikan untuk isteri. Cara pun senang dan tak perlukan bahan yang susah pon. Tapi kalau boleh si suami potong tu kecik-kecik la sikit supaya ngam mulut isteri. Suami miza dia potong kemain besar sesuai mulut dia katanya..hahaha..sabar je lahhh..

Dalam tempoh awal berpantang kadang-kadang kita perempuan ni memang perlu sangat-sangat jaga pemakanan sebab tu sekarang ramai yang dah buat khidmat penjagaan ibu berpantang boleh lah hire  mereka. Kalau takde bajet jangan risau sediakan awal-awal dan harap suami bagi kerjasama la untuk sediakan makanan berpantang isteri nanti.

Bahan-bahan Bubur Nasi Ikan

Bahan-bahan
  • 1 inci halia
  • 5 biji bawang putih
  • 2 cawan beras
  • Kiub pati ayam
  • 1 batang lobak merah
  • 1 batang lobak putih
  • Isi ikan siakap atau ikan merah
  • Air secukupnya

Cara penyediaan

  1. Tumis bawang putih dan halia yang telah ditumbuk lumat, kemudian masukkan beras
  2. Masukkan air 1 liter dan biarkan hingga nasi masak. Masukkan sayuran dan tambah lagi air jika perlu
  3. Masukkan juga kiub pati ayam. Biarkan hingga menjadi bubur. Bila sudah masak, masukkan ikan. Kacau perlahan. Sedia dihidang

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

 

 

Facebook Komen

Back To Top