skip to Main Content
Ayam Panggang Halia Mudah Disediakan Untuk Ibu Berpantang

Ayam panggang halia antara menu yang mudah disediakan pada ibu yang sedang berpantang. Macam hn masa berpantang suami yang jaga, jadi suami dan anak pon makan ayam panggang halia juga. Hehe.. Senang kerja suami tak perlu masak banyak-banyak kan.

Resepi Ayam Panggang Halia

Alhamdulillah tempoh berpantang pon nak habis dah minggu depan, memang suami hn yang masak sepanjang ni dan kalau bahan tak ada memang keluar juga la kami makan di luar. Hehee.. Tapi boleh kira la dalam seminggu tu maybe satu kali je keluar untuk makan di luar. Ok jom kita tengok resepi ayam panggang halia ni..

Bahan-bahan

Bahan tumbuk
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu lada hitam
  • Garam
  • Gula
Bahan lain
  • Ayam
  • Kunyit

Cara penyediaan

  1. Tumbuk halus kesemua bahan tumbuk, dan sapukan pada ayam
  2. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Perapkan selama 30 minit.
  3. Kemudian panggang menggunakan non stick pan. Sedia dihidang bersama nasi panas

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top