skip to Main Content
7 Petua Kecilkan Liang Pori Di Wajah Dengan Bahan Di Dapur

Selalu bila nak makeup kalau kulit liang pori ni besar susah nak tutup. Perlu cari foundation yang sesuai dan beberapa set penjagaan yang sesuai juga. Banyak punca yang mengakibatkan liang pori kita ni besar. Antaranya ialah terdedah pada matahari secara berlebihan, diet yang tidak sihat serta pengambilan gula yang berlebihan.

Petua Kecilkan Liang Pori Di Wajah

1. Lemon

Hiris atau kisarkan sebiji lemon kemudian ambil airnya. Kemudian sapukan pada wajah selama 20 minit. Setelah selesai bilas menggunakan air sejuk.

2. Soda Bikarbonat

Campurkan 2 sudu soda bikarbonat bersama 2 sudu air suam. Kemudian, sapukan dan urut pada bahagian wajah selama 30 saat hingga seminit menggunakan gerakan membulat. Setelah selesai, bilas dengan air sejuk.

3. Putih Telur

Ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Gunakan bahagian telur putih dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air sejuk.

4. Lidah Buaya

Ambil isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 20 minit. Lidah buaya mampu membantu membersihkan serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat.

5. Tomato

Sapukan tomato yang telah dikisar pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Tomato mampu membantu mengecilkan liang pori yang terbuka di samping menghaluskan wajah.

6. Betik

Ambil dua potongan kecil betik, kemudian lenyekkan ke dalam mangkuk kecil atau kisar. Setelah hancur, sapu pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit sebelum bilas bersih dengan air sejuk.

7. Timun

Campurkan jus timun yang telah dikisar bersama tepung jagung untuk menjadikannya lebih likat. Seterusnya, sapu pada sekeliling muka terutama pada liang pori yang terbuka selama 15minit. Setelah selesai bilas dengan air sejuk.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

 

Facebook Komen

Back To Top