skip to Main Content
6 Petua Mudah Untuk Kecilkan Peha Dan Betis Yang Besar

6 Petua Mudah Untuk Kecilkan Peha Dan Betis Yang Besar

Kecilkan peha dan betis memang sangat-sangat hn nak.. Huhuhu… Memang dari sekolah menengah rasa peha dan betis ni memang sejak azali agaknya besar dan takleh nak turun-turun dah. Masa berat 52kg berat paling ringan hn pernah rasa pon masih gemok juga peha dan betis tu.

Yela masa tu zaman anak dara pakai seluar jeans je mak kata macam sarung nangka. Sedihhh jaa tapi gatai gak nak pakai jeans tu yee..huhu.. Ok kalini lepas habis berpantang anak kedua ni betul-betul nak follow tips ni tu yang hn share siap-siap.. Ok jom kita tengok..

Petua Mudah Untuk Kecilkan Peha Dan Betis Yang Besar

1. Senaman kardio

Lakukan senaman yang mampu membakar kalori dengan pantas seperti berbasikal, berlari, dan lompat tali. Lakukan selama 60minit sebanyak 5kali seminggu untuk menghapuskan lemak di peha.

2. Senaman Mendaki

Lakukan senaman yang menggunakan kekuatan kaki seperti menaiki atau menuruni bukit atau naik turun tangga di rumah. Aktiviti ini boleh membakar lebih banyak kalori pada tubuh, terutama peha.

3. Amalkan Pemakanan Sihat

Untuk mengelakkan makan berlebihan, amalkan makan secara sihat. Makan sekurang-kurangnya setiap beberapa jam bagi mengelakkan rasa lapar yang menyebabkan makan berlebihan.

4. Jauhi Minuman Bergula

Elakkan minuman manis seperti soda, jus buah-buahan dan minuman tenaga sebaliknya banyakkan minum air putih kerana kandungannya yang sifar kalori.

5. Ambil Sarapan Pagi

Jangan lewatkan sarapan pada waktu pagi kerana ia boleh membantu mengurangkan lemak di tubuh. Ambil makanan tinggu karbohidrat untuk membuatkan rasa kenyang lebih lama.

6. Rehat Yang Mencukupi

Untuk mengawal berat badan, dapatkan rehat yang cukup. Rasa mengantuk membuatkan rasa lapar berlebihan dan juga malas bersenam.

Sumber : Seminit Resepi 

 

Facebook Komen

Back To Top