skip to Main Content
6 Petua Mudah Gebukan Kulit Wajah Dengan Bahan Semulajadi

Gebukan kulit wajah bak kulit baby memang ada banyak cara dan tips yang digunakan pon mudah hanya dengan menggunakan bahan semulajadi dan bahan yang mudah dijumpa je.

Amalan ni memang perlu istiqamah untuk dapatkan hasil yang terbaik lagi-lagi bila guna bahan semulajadi kan tapi kesan dia insyaAllah berbaloi tau.

Masa hn kecik-kecik pon suka buat guna bahan-bahan macam ni je sebab duit takde nak beli produk kat pasaraya tu pon rasa mahalnyee..hehe..

Bila tengok majalah ke tengok tips cantik dari artis-artis guna bahan semulajadi je kita pon pakat lah buat nak juga cantik macam retis gituu..haha.. Ok jom tengok cara nak gebukan kulit wajah hanya menggunakan bahan2 mudah..

Petua Mudah Gebukan Kulit Wajah

1. Daun Sirih

Sediakan daun sirih dan bersihkan terlebih dahulu. Gosokan pada kedua-dua permukaan tangan hingga menghasilkan air. Sapukan air tersebut pada wajah dan biarkan sehingga 20-30 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

2. Tomato

Parut tomato yang sudah masak kemudian sapukan pada permukaan kulit dengan perlahan. Biarkan lebih kurang 20-30 minit sebelum mencuci wajah dengan air bersih.

3. Susu

Campurkan susu dengan air panas dan biarkan sehingga suam. Kemudian sapukan pada wajah dan biarkan lebih kurang 10-15 minit atau sehingga kering. Selepas itu, bilas muka dengan air suam. Amalkan 3-4 kali seminggu.

4. Betik

Hancurkan atau lenyekkan buah betik kemudian sapukan pada seluruh permukaan wajah. Biarkan setika sebelum dibilas dengan air bersih. Betik mengandungi enzim yang dapat membantu tubuh kita membuang sel-sel mati.

5. Beras Pulut

Goreng beras pulut tanpa minyak sehingga kuning dan kisarkan sampai halus. Campurkan dengan perahan limau dan madu. Gaul hingga sebati kemudian sapu pada seluruh wajah. Biar selama 20minit kemudian cuci dengan air suam.

6. Putih Telur

Ambil putih telur kemudian sapukan pada permukaan wajah. Biarkan selama 20-30minit. Selepas itu cuci wajah dengan air bersih.

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top