skip to Main Content
6 Petua Hilangkan Parut Jerawat Yang Berlubang Di Wajah

Parut jerawat yang selalu ada dekat muka tu mesti rasa geram je bila la nak hilangkan. Inikan pula kalau jenis parut yang berlekuk atau berlubang tu. Fuhhh rasa tak berkeyakinan je nak bercakap dengan orang kan. Alhamdulillah hn takde jerawat berlubang tapi kalau jerawat keluar yang suka nak picit ialah husband hn.. annoying je kann..hahaha..

Petua Hilangkan Parut Jerawat Berlubang

1. Cuka Epal

Campurkan 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air suam. Kemudian ambil kapas dan rendamkan celup ke dalam campuran tersebut. Sapu dan tekankan pada bahagian parut jerawat. Biarkan selama 5-10 minit.

2. Madu

Sediakan madu asli dan sapukan pada bekas parut jerawat. Biarkan sehingga kering dan meresap ke dalam kulit. Untuk hasil lebih baik, tambah 1 sudu teh serbuk kayu manis bagi setiap 2 sudu besar madu tersebut dan sapu pada wajah.

3. Soda Bikarbonat

Campurkan 2 hingga 3 sudu teh soda penaik bersama air suam sehingga menjadi pes. Kemudian sapukan pes pada bahagian parut jerawat selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih.

4. Lidah Buaya

Sediakan daun lidah buaya kemudian belah kepada 2 bahagian. Ambil lendirnya dan sapukan pada bahagian parut jerawat. Biarkan seketika kemudian bilas dengan air bersih.

5. Minyak Zaitun

Sapu minyak zaitun dan urutkan pada bahagian parut jerawat dengan perlahan. Kemudian ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam. Perah kemudian tutup bahagian wajah supaya stimnya meresap ke dalam kulit.

6. Tomato

Kisar atau lenyekkan tomato merah untuk dijadikan pes. Sapukan pes ini pada wajah selama 15-20 minit. Bilaskan hingga bersih.

Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^

Sumber : Seminit Resepi

 

Facebook Komen

Back To Top