skip to Main Content
5 Petua Wajah Cantik Hanya Menggunakan Ketulan Ais

5 Petua Wajah Cantik Hanya Menggunakan Ketulan Ais

Petua wajah cantik ada banyak cara dan tips yang berkesan. Kali ni hn share petua wajah cantik hanya menggunakan ketulan ais yang ada dekat rumah korang tu je ok. Sekali sekala makan dekat kedai mintak teh ais ke pon boleh je guna ais tu tenyehh kat muka sikit-sikit sambil layan kawan korang bebel ke kann..heheee

Kalau korang nak tau, sekarang pon ada servis mandi ais tau. Haa betapa bagusnya ais untuk tubuh badan kita orang siap buat mandi lagi tau. Dikatakan mandi ais ni dapat menghasilkan aura positif dalam diri, boleh kuruskan badan, kuatkan tulang dan kuatkan imunisasi badan tau. Kalau dapat ni syoknyaaa.. Ok jom kita tengok petua wajah cantik menggunakan ais..

Petua Wajah Cantik Hanya Menggunakan Ketulan Ais

1. Mengecilkan Liang Pori

Tekapkan ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil pada wajah dan ratakan selama 2 atau 3 minit. Jika dilakukan secara konsisten, liang pori yang besar dan terbuka akan mula untuk tertutup dalam beberapa hari.

2. Merawat Wajah Berjerawat

Terapi ais merupakan salah satu kaedah yang baik untuk melawan masalah jerawat. Bersihkan muka, balut ais dengan sapu tangan atau kain bersih kemudian tekan lembut pada bahagian jerawat selama 3 hingga 5 minit.

3. Menyegarkan Kulit Wajah

Ambil beberapa ketulan ais dan letakkan ke dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah dengan menekapnya pada wajah atau letakkan ais di dalam tuala kecil dan tekap pada wajah.

4. Melembutkan Kulit Wajah

Setelah membersihkan wajah, isikan plastik dengan ais, urut wajah dan leher perlahan-lahan selama 3minit. Terapi ais juga menghalang kedutan dan membantu tidur yang lena.

5. Mengurangkan Kedutan

Gosokkan ais yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama satu minit. Ia berfungsi untuk melancarkan peredaran darah serta membantu mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam.

Sumber : Seminit Resepi

Facebook Komen

Back To Top