Resepi Macaron Badam Yang Sedap Dan Mudah Disediakan

Resepi Macaron Badam Yang Sedap Dan Mudah Disediakan

Masa famous macaron badam ni dulu selalu teringin nak juga rasa macaron ni. Tapi tengok orang jual boleh tahan juga harganya kan kecik cinonet tu dah RM2 kot masa tu. Yelah masa barang tengah naik memang la orang jual mahal kan.

Bila dah rasa perghhhhh cukuplah sekali ku cobaa tapi kadang-kadang teringin tu pejam mata juga la bayar kan.haha.. Rupa-rupanya susah juga nak buat macaron badam yang betul bentuk dia cantik ni tau. Hn dah banyak kali dengar cubaan cikgu seminit resepi tu haa dok bebel buat macaron ni. Hehee..

   

Resepi Macaron Badam

Masa cik ain cuba buat macaron badamfirst time memang banyak kali juga dia bebel dia kata buat tak jadi buat tak jadi. Macam-macam resepi dia kata dia cuba. Tapi akhirnya alhamdulillah jadi juga cubaan dia buat macaron badam ni. Tahniah lah ye cik ain yang gigih.. hn memang tak gigih nak buat..hehee

Bahan-bahan Resepi Macaron Badam

Bahan-bahan

  • 71 gram serbuk badam
  • 117 gram gula aising
  • 53 gram gula kastor
  • 2 biji putih telur
  • 1/2 tspn koko

Cara penyediaan

  1. Kisar halus serbuk badam dan gula asing. Kemudian tapiskan bersama serbuk koko
  2. Pukul putih telur dan gula hingga kental.
  3. Masukkan bahan kering ke dalam putih telur tadi. Kacau secara kaup balik
  4. Paipkan adunan secara membulat di atas loyang.
  5. Bakar pada suhu 150 selama 15 minit. Adunan tidak perlu dikeringkan
  6. Apabila macaron sudah masak, biarkan hingga sejuk
  7. Paipkan chocolate ganache di tengah macaron. Sedia dihidang. Selamat mencuba

Kalau nak mudah korang download je apps seminit resepi ni dekat handphone korang haaa..  dahsyat seminit resepi ni dah ada apps ok..untuk android dan apple pon dah ada tau..Untuk android boleh download kat SINI. Untuk apple boleh download di SINI. InsyaAllah sangat2 memudahkan kerja2 di dapur korang tauu..

Sumber : Seminit Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGRpdiBpZD0iaGFsYWxhZF9jb21wYW5pb25fYWRfZGl2X0VZVkFIZlQ4Qi13UExrTEZPS3RyRzdFNGdtUT1kaGJkc2xqaGJkRGpUY2h2TlRBMyIgc3R5bGU9ImRpc3BsYXk6IG5vbmU7Ij4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2xpYl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHNyYz0iaHR0cHM6Ly93d3cuaGFsYWwuYWQvYXNzZXRzL2phdmFzY3JpcHRzL3B1Ymxpc2hlci93aWRnZXRzL2hhZF93aWRnZXRfbGliLmpzIiBhc3luYz48L3NjcmlwdD4gPHNjcmlwdCBpZD0id2lkZ2V0X2Zvcm1hdHRlcl9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCIgc3JjPSJodHRwczovL3d3dy5oYWxhbC5hZC9hc3NldHMvamF2YXNjcmlwdHMvcHVibGlzaGVyL3dpZGdldHMvd2lkZ2V0XzMwMF8yNTAuanMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8aWZyYW1lIGlkPSJoYWxhbGFkX2Fkc19mcmFtZV9FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIHN0eWxlPSJkaXNwbGF5IDogYmxvY2sgOyIgbmFtZT0iaGFsYWxhZF9hZHNfZnJhbWUiIHRhcmdldC1kb21haW49Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkIiB3aWR0aD0iMCIgaGVpZ2h0PSIwIiBmcmFtZWJvcmRlcj0iMCIgbWFyZ2lud2lkdGg9IjAiIG1hcmdpbmhlaWdodD0iMCIgdnNwYWNlPSIwIiBoc3BhY2U9IjAiIGFsbG93dHJhbnNwYXJlbmN5PSJ0cnVlIiBzY3JvbGxpbmc9Im5vIiBhbGxvd2Z1bGxzY3JlZW49InRydWUiPiA8L2lmcmFtZT4gPHNjcmlwdCBzcmM9Imh0dHBzOi8vd3d3LmhhbGFsLmFkL2dldFdpZGdldEJvb3RzdHJhcD93aWRnZXRUb2tlbj1FWVZBSGZUOEItd1BMa0xGT0t0ckc3RTRnbVE9ZGhiZHNsamhiZERqVGNodk5UQTMiIGFzeW5jPjwvc2NyaXB0PiA8L2Rpdj4=
Penaja Hasyanaurah